Saturday, May 14, 2011

Jom Undi Masuk Maharaja Lawak

Maharaja Lawak telah menampilkan kelainan dari Raja Lawak dengan memperkenalkan Undi Masuk Maharaja Lawak iaitu mengundi kembali sesiapa peserta yang sudah tersingkir masuk semula ke gelanggang Maharaja Lawak. Tetapi, cara pengundian agak unik dan yang paling penting ianya FREE!! Kepada sesiapa yang nak mengundi masuk peserta kegemaran mereka, hanya perlu menekan butang 'Like' di gambar peserta yang mereka minat. Senang bukan??



Selain itu, peserta yang terpaksa meninggalkan gelanggang Maharaja Lawak semalam ialah Amir. Dia terpaksa pergi kerana mendapat undian terendah dengan hanya 4%. Manakala Man dan Balas terselamat dari penyingkiran. Tetapi, Amir berpeluang untuk kembali ke gelanggang Maharaja Lawak jika mendapat undian tertinggi. Walau bagaimanapun, ianya nampak sukar apabila undian masuk sekarang telah dikuasai oleh R2 dengan jauh meninggalkan peserta lain. Peserta yang terhampir dengan R2, Alex jauh tertinggal dengan beza hampir 20 000 undi. 

Oleh itu, kepada sesiapa yang ingin mengundi, korang hanya perlu klik ke link berikut Undi masuk ML. Tapi aku harap korang semua undi peserta yang terbaik saja. Biar gelanggang Maharaja Lawak ditandingi oleh mereka yang betul-betul berbakat. Bagi aku, R2 ialah peserta yang paling sesuai untuk diundi masuk. So, silalah undi R2. Ingat, tarikh tutup ialah 18 Mei ini. Cepat jangan terlambat.
 

Sponsored By: YES4G

1 comment: