Monday, May 9, 2011

Harga gula naik!!



Hari ini kerajaan telah memutuskan untuk menaikkan harga gula sebanyak RM 0.20 mulai esok iaitu 10 Mei 2011. Ini bermakna harga gula akan berada pada harga RM 2.30 sekilogram. Alasan kenaikkan harga gula ini ialah ingin mengurangkan beban subsidi kerajaan sebanyak RM 116.6 juta. Harga gula kali terakhir dinaikkan pada 4 Disember lalu. 

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Mohd Zain Mohd Dom berkata, langkah untuk merasionalisasikan harga runcit gula itu dibuat selaras dengan keputusan mesyuarat Majlis Ekonomi hari ini.

Beliau berkata, walaupun berlaku kenaikan, harga runcit gula di Malaysia masih rendah berbanding negara serantau seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.

Nampakya selepas ini kena la kurangkan pengambilan gula. Dari sudut positifnya, aku dapat mengelakkan dari terkena penyakit berbahaya berkaitan gula seperti kencing manis, dan sebagainya. Dari sudut yang lainnya ialah bertambahlah kos sara diri rakyat Malaysia ini dan seterusnya meningkatkan inflasi. Oleh itu, pandai-pandailah menguruskan kewangan anda. 


P/s: Harap lepas ini tak ada lagi benda yang naik. Kalau turun memang dialu-alukan..hehe




5 comments:

  1. naik lagi....dekat2 nak puasa nanti selalu mcm tu laaaaaa....hmmmmmmmm bebanan bagi peniaga, nanti rege makanan pun naik jugak la...

    ReplyDelete
  2. singgah sini kasi gegar juga :)

    ReplyDelete
  3. biasa brg byk naik skunk ni. klw hrga gula naik maknenye kite kne kurgkan lah kuantiti gula dlm minuman. nnty bru sihat. tol x ?
    ^_^

    *wah.. +ve nye aq..

    ReplyDelete
  4. yang tak tahannya gula naik benda lain pun naik..kadang takde kena mengena dengan gula..

    ReplyDelete
  5. Rakyat didahulukan..kerajaan kan sentiasa cari jalan untuk ringankan POKET rakyat...

    ReplyDelete