Friday, May 6, 2011

Keputusan Kemasukan Ke IPTA 2011

Sudah semua maklum, seperti yang dihebahkan di stesen-stesen radio dan media massa, pemohon untuk ke IPTA lepasan SPM boleh menyemak status pemohonan mereka tepat pada jam 12 tengah hari tadi. Aku sebagai pelajar lepasan SPM juga tidak ketinggalan untuk menyemak status pemohonan aku sama ada aku menerima tawaran kemasukan ke mana-mana IPTA atau pun tidak. 

Seperti yang sudah dijangkakan, aku telah ditawarkan untuk menyambung pelajaran ke IPTA dalam Diploma Kejuruteraan Elektrik (elektronik) di UiTM. Lihat gambar di bawah sebagai bukti. 


Kenapa aku katakan sudah menjangkakan? Aku kata begitu bukanlah untuk membangga diri ataupun niat jahat. Tapi sebenarnya agak kecewa dan terkilan sebab kursus yang diberi bukanlah pilihan utama aku. Lagi pula mereka memberi aku tawaran untuk menyambung pelajaran dalam diploma dan bukannya asasi. 

Tapi aku tetap bersyukur walaupun tidak dapat tawaran seperti yang diharapkan, tetapi ini membuktikan yang aku layak untuk menjadi seorang pelajar IPTA dan menunjukkan bahawa IPTA sudi mengambil aku sebagai pelajar. Bagi sesiapa yang masih belum menyamak status pemahonan mereka, sila layari http://upu.mohe.gov.my/

Namun, aku masih perlu memikirkan pilihan yang manakah yang paling tepat dan harus aku pilih sama ada Matrikulasi, KPLSPM (jika dapat) dan IPTA. Buat masa sekarang aku masih belum memutuskan yang manakah yang terbaik untuk aku. 


1 comment:

  1. Assalam,
    So dimana kamu sekarang Irfan? Apa pilihan kamu?
    Nice blog dik..

    ReplyDelete