Wednesday, May 4, 2011

Harga Minyak RON 97 Naik Lagi!!

Minyak RON 97 a.k.a minyak mahal naik lagi?? Kenaikan ini memang sudah dijangka. Alasan kenaikkan  tetap sama, kenaikkan harga minyak di pasaran dunia. Tetapi apa boleh buat, dah harga minyak dipasaran dunia naik, terpaksalah kerajaan menaikkan harga di Malaysia. Lagi pula harga minyak RON97 sudah diapungkan mengikut pasaran semasa. harga RON 97 terpaksa dinaikkan sebanyak RM 0.20 kepada RM 2.90 seliter. Kenaikkan berkuat kuasa tengah malam ini waktu Malaysia. Hehe..

Kenaikkan harga minyak RON 97 merupakan kenaikkan tertinggi dalam sejarah sejak harga minyak itu diapungkan mengikut pasaran semasa 31 Januari lalu. Ini merupakan kenaikkan kali ketujuh harga petrol RON 97. Kali terakhir harga minyak ini dinaikkan pada bulan lepas. Namun, kenaikkan harga minyak gred ini tidak menjejaskan harga minyak RON 95 a.k.a minyak murah yang kekal pada harga RM 1.90 seliter. 

P/S: Nampakya cita-cita aku nak pakai minyak mahal masih belum tercapai. Terpaksalah pakai minyak murah walaupun tinggal di negara pengeluar minyak.

No comments:

Post a Comment