Sunday, October 16, 2011

Ustaz Youtube Di Melaka!!

Akhirnya, perkara yang aku nanti-nantikan menjelma!!. Ustaz Azhar Idrus atau panggilan Ustaz YouTube akan datang ke negeri kelahiranku, Melaka. Bukan untuk berpolitik atau selainnya,tetapi bagi aku Ustaz Azhar ini seorang pendakwah yang bagus. Cara penyampaian beliau amat bertepatan dengan selera aku. Tak jemu aku mendengar kuliah beliau di YouTube. Tetapi sedikit terkilan apabila venue yang dilangsungkan agak terpencil dan tak mempunyai ruang yang besar untuk menampung jumlah pengunjung yang dianggarkan ramai.(menjadi kebiasaannya ramai orang)

Aku tak mahu cerita lebih, aku tulis artikel ini pun sebab nak ajak semua anak-anak Melaka untuk turun ke kuliah Ustaz Azhar ini seperti yang tertera di bawah.Jom gegau Melaka!! Untuk maklumat lanjut sila layari website rasmi beliau Ustaz Azhar .







No comments:

Post a Comment