Friday, October 28, 2011

Terengganu VS N.Sembilan

Akhirnya,perlawanan yang dinanti-nantikan oleh peminat bola sepak di negara ini menjelma tiba. Malam ini, Terengganu akan turun menentang N. Sembilan di perlawanan akhir piala teragung di negara ini iaitu Piala Malaysia. Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung di Astro Arena saluran 801 bagi sesiapa yang tak belesempatan untuk pergi ke stadium.

Walaupun sebelum perlawanan dicemari beberapa protes akibat Persatuan Bola Sepak Malaysia menaikkan harga tiket dari RM 30 ke RM 50 dan diancam boikot dari kedua-dua belah ponyokong pasukan. Namun, jualan tiket adalah memberangsangkan dan dijangka puluhan ribu akan berada di stadium malam ini. 


Ini dibantu dengan kerajaan negeri masing-masing memberi bantuan dengan pengurangan harga tiket untuk penyokong kedua belah pihak. Bagi penyokong N.Sembilan, mereka hanya perlu membayar RM 30 saja manakala penyokong Terengganu perlu membayar RM 25 saja. 

Terengganu VS N.Sembilan
Peteh Ganu Peteh VS Hobin Jang Hobin
Sang Penyu VS Sang Rusa



No comments:

Post a Comment