Wednesday, October 19, 2011

Himpunan Sejuta Umat

Program Himpunan Sejuta Umat akan diadakan pada 22 oktober 2011 bertujuan untuk mengumpulkan seberapa banyak umat Islam di Malaysia untuk mempertahankan akidah umat Islam dalam usaha untuk mencegah budaya kristianisasi daripada terus menular dalam kalngan umat Islam khususnya di Malaysia.



Program yang akan disertai oleh beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) antaranya PERKASA,  IKRAM, PEKIDA dan TERAS ini mendapat liputan yang meluas dan menjadi berita hangat dalam beberapa hari ini. Himpunan ini dianggarkan akan disertai lebih 100 000 orang umat Islam yang peka terhadap agama Islam. Parti politik juga tidak berkecuali untuk memberikan sokongan terhadap himpunan ini. Antaranya ialah Pemuda Pas dan Pemuda UMNO. Namun begitu, bagi Pas Pusat, mereka tidak akan menyertai himpunan ini dengan alasan tidak mahu perhimpunan ini dipolitikkan. Ini kerana perhimpunan ini bukanlah berkepentingan politik tetapi berkepentingan menjaga kesucian agama. 

Untuk maklumat lanjut,sila layari laman web rasmi HIMPUN himpun.org





No comments:

Post a Comment