Sunday, October 23, 2011

Marco Simoncelli Meninggal Dunia

Pelumba MotoGP, Marco Simoncelli telah pun meninggal dunia petang tadi akibat daripada kemalangan yang tragik semasa perlumbaan MotoGP 2011 di Sepang, Malaysia (SIC). Berita yang mengejutkan seluruh peminat MotoGP ini disambut dengan kesedihan dan membuatkan pihak penganjur membatalkan perlumbaan tersebut.


Simoncelli terjatuh apabila ketika mengambil selekoh dan dilanggar oleh rakan senegara sendiri,Valentino Rossi dan Colin Edwart. Colin Edwart hanya mengalami kecederaan di bahu manakala Rossi tidak mengalami sebarang kecederaan. Keadaan itu diburukkan apabila topi kaledar Simoncelli tertanggal semasa kemalangan. Simoncelli pelumba bagi pasukan San Carlo Honda Gresini baru berusia 24 tahun ketika kematiannya. 

Video kemalangan Simoncelli boleh dilihat di Youtube. Lihat link ini untuk melihat video tersebut Simoncelli Crash Sepang.

No comments:

Post a Comment