Monday, October 24, 2011

Top 10 Shopping Mall Terbesar Di Dunia

Kalau disebut pasal Shopping Mall,mesti dikaitkan dengan golongan wanita yang sering berbelanja di sana. Lepas satu kedai ke kedai yang lain dimasuki mereka, tetapi satu benda pun tak dibeli. Kata mereka nak 'survey' dahulu. Bagi golongan lelaki pula terpaksa mengikut kemana sahaja wanita tersebut. Nak tinggalkan takut apa-apa terjadi kepada mereka. Oleh itu, aku senaraikan 10 shopping mall yang terbesar di dunia dan kebanyakkan mereka dikuasai oleh negara Asia!! Adakah orang di negara Asia memang suka pergi ke shopping mall??

1. South China Mall, China
















Mall terbesar di dunia. Berkeluasan 7.1 juta sq ft.Terdapat juga taman tema di dalam shopping mall ini. Di buka pada tahun 2005.

2. Golden Resources Shopping Mall, China
















Mall ini juga terletak di China. Berkeluasan 6 juta sq ft. Terdapat 1000 kedai di dalamnya. Dibuka pada tahun 2004.

3. SM Mall of Asia, Philipphines

















Di dalamnya terdapat kolam renang bersaiz olimpik!! Dibuka pada tahun 2006. Berkeluasan 4.2 juta sq ft.

4. Cevahir Istanbul

















Merupakan mall terbesar di eropah. Terdapat juga roller coaster dan wave pool. Berkeluasan 3.8 juta sq ft. Dibuka pada tahun 2005.

5. West Edmonton Mall, Canada


















Terdapat 800 kedai dan juga gelanggang luncur air, casino. Berkeluasan 3.8 juta sq ft. Dibuka pada tahun 1981.

6. SM Megamall

















Mempunyai 12 pawagam, luncur ais, bowling, dan pusat membeli-belah permainan tradisional. Berkeluasan 3.6 juta sq ft. Dibuka pada tahun 1991.

7. Berjaya Times Square, Malaysia















Shopping Mall tebesar di Malaysia. Tedapat 1000 kedai,roller coaster, kolam renang, luncur ais, Cosmo's World dan taman tema untuk kanak-kanak. Berkeluasan 3.4 juta sq ft dan dibuka pada tahun 2005.

8. Beijing Mall,China















Terdapat tempat letak kereta berkapasiti 8000 kereta dan laut buatan manusia. Berkeluasan pada 3.4 juta sq ft. Dibuka pada tahun 2005.

9. Zhengjia Plaza, China















Terdapat sebuah hotel, dan pelbagai kedai runcit. Berkeluasan 2 juta sq ft.

10. SM City North Edsa, Philipphines

















Terdapat 1000 kedai dan restoran dengan 12 pawagam. Terdapat juga pusat bowling. 


1 comment: