Saturday, October 29, 2011

N.Sembilan Juara Piala Malaysia

Pasukan N.Sembilan akhirnya menamatkan badi tewas dua kali di final dengan mengalahkan Terengganu dengan keputusan 2-1. Kemenangan dramatik itu hadir pada 10 minit masa akhir permainan. Terengganu yang merupakan pasukan pilihan gagal menggunakan kelebihan satu gol yang diperoleh mereka pada awal separuh masa ke-2.

Kesilapan pejaga gol Terengganu, Sarbini menghampakan ribuan penyokong Peteh yang ketika itu mendahului permainan dengan 0-1. Kemudian Hairudin Omar menambah satu lagi gol untuk memastikan kemenangan N.Sembilan kali ini. Tahniah kepada pasukan N.Sembila. Untuk pasukan Terengganu, janganlah berasa hampa. Cuba lagi musim hadapan.

Friday, October 28, 2011

Terengganu VS N.Sembilan

Akhirnya,perlawanan yang dinanti-nantikan oleh peminat bola sepak di negara ini menjelma tiba. Malam ini, Terengganu akan turun menentang N. Sembilan di perlawanan akhir piala teragung di negara ini iaitu Piala Malaysia. Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung di Astro Arena saluran 801 bagi sesiapa yang tak belesempatan untuk pergi ke stadium.

Walaupun sebelum perlawanan dicemari beberapa protes akibat Persatuan Bola Sepak Malaysia menaikkan harga tiket dari RM 30 ke RM 50 dan diancam boikot dari kedua-dua belah ponyokong pasukan. Namun, jualan tiket adalah memberangsangkan dan dijangka puluhan ribu akan berada di stadium malam ini. 


Ini dibantu dengan kerajaan negeri masing-masing memberi bantuan dengan pengurangan harga tiket untuk penyokong kedua belah pihak. Bagi penyokong N.Sembilan, mereka hanya perlu membayar RM 30 saja manakala penyokong Terengganu perlu membayar RM 25 saja. 

Terengganu VS N.Sembilan
Peteh Ganu Peteh VS Hobin Jang Hobin
Sang Penyu VS Sang Rusa



Monday, October 24, 2011

Top 10 Shopping Mall Terbesar Di Dunia

Kalau disebut pasal Shopping Mall,mesti dikaitkan dengan golongan wanita yang sering berbelanja di sana. Lepas satu kedai ke kedai yang lain dimasuki mereka, tetapi satu benda pun tak dibeli. Kata mereka nak 'survey' dahulu. Bagi golongan lelaki pula terpaksa mengikut kemana sahaja wanita tersebut. Nak tinggalkan takut apa-apa terjadi kepada mereka. Oleh itu, aku senaraikan 10 shopping mall yang terbesar di dunia dan kebanyakkan mereka dikuasai oleh negara Asia!! Adakah orang di negara Asia memang suka pergi ke shopping mall??

1. South China Mall, China
















Mall terbesar di dunia. Berkeluasan 7.1 juta sq ft.Terdapat juga taman tema di dalam shopping mall ini. Di buka pada tahun 2005.

2. Golden Resources Shopping Mall, China
















Mall ini juga terletak di China. Berkeluasan 6 juta sq ft. Terdapat 1000 kedai di dalamnya. Dibuka pada tahun 2004.

3. SM Mall of Asia, Philipphines

















Di dalamnya terdapat kolam renang bersaiz olimpik!! Dibuka pada tahun 2006. Berkeluasan 4.2 juta sq ft.

4. Cevahir Istanbul

















Merupakan mall terbesar di eropah. Terdapat juga roller coaster dan wave pool. Berkeluasan 3.8 juta sq ft. Dibuka pada tahun 2005.

5. West Edmonton Mall, Canada


















Terdapat 800 kedai dan juga gelanggang luncur air, casino. Berkeluasan 3.8 juta sq ft. Dibuka pada tahun 1981.

6. SM Megamall

















Mempunyai 12 pawagam, luncur ais, bowling, dan pusat membeli-belah permainan tradisional. Berkeluasan 3.6 juta sq ft. Dibuka pada tahun 1991.

7. Berjaya Times Square, Malaysia















Shopping Mall tebesar di Malaysia. Tedapat 1000 kedai,roller coaster, kolam renang, luncur ais, Cosmo's World dan taman tema untuk kanak-kanak. Berkeluasan 3.4 juta sq ft dan dibuka pada tahun 2005.

8. Beijing Mall,China















Terdapat tempat letak kereta berkapasiti 8000 kereta dan laut buatan manusia. Berkeluasan pada 3.4 juta sq ft. Dibuka pada tahun 2005.

9. Zhengjia Plaza, China















Terdapat sebuah hotel, dan pelbagai kedai runcit. Berkeluasan 2 juta sq ft.

10. SM City North Edsa, Philipphines

















Terdapat 1000 kedai dan restoran dengan 12 pawagam. Terdapat juga pusat bowling. 


Sunday, October 23, 2011

Manchester United tewas kepada Man City 1-6

Peminat MU hari ini hampa apabila pasukan mereka dimalukan di gelanggang sendiri apabila tewas mengejut di tangan Man City dengan jumlah jaringan yang diluar jangkaan. MU yang bermain dengan 10 orang tewas dengan keputusan 1-6. 

Man City nampaknya menunjukkan permainan yang bertenaga daripada Man. United malam ini. Satu keputusan yang sungguh menghampakan peminat mereka termasuk aku..Inshallah MU akan kembali bangkit untuk terus mengejar kejuaraan liga...

Marco Simoncelli Meninggal Dunia

Pelumba MotoGP, Marco Simoncelli telah pun meninggal dunia petang tadi akibat daripada kemalangan yang tragik semasa perlumbaan MotoGP 2011 di Sepang, Malaysia (SIC). Berita yang mengejutkan seluruh peminat MotoGP ini disambut dengan kesedihan dan membuatkan pihak penganjur membatalkan perlumbaan tersebut.


Simoncelli terjatuh apabila ketika mengambil selekoh dan dilanggar oleh rakan senegara sendiri,Valentino Rossi dan Colin Edwart. Colin Edwart hanya mengalami kecederaan di bahu manakala Rossi tidak mengalami sebarang kecederaan. Keadaan itu diburukkan apabila topi kaledar Simoncelli tertanggal semasa kemalangan. Simoncelli pelumba bagi pasukan San Carlo Honda Gresini baru berusia 24 tahun ketika kematiannya. 

Video kemalangan Simoncelli boleh dilihat di Youtube. Lihat link ini untuk melihat video tersebut Simoncelli Crash Sepang.