Sunday, June 22, 2014

Percutian Di Kundasang, Sabah

Entry kali ini aku ingin menceritakan tentang percutian aku dan keluarga ke negeri di bawah bayu, Sabah. Sesiapa yang melancung  ke Sabah tak sah kalau tak pergi ke Kundasang! Suasananya lebih kurang Cameron Highland kalau di Semenanjung. Maklumlah Kundasang terletak di kaki gunung Kinabalu.

Aku bertolak dari KLIA 2 dalam lebih kurang pukul 7.30 pagi. Jadi sampai di Sabah dalam pukul 10 pagi. So, sempatlah pergi round2 Kota Kinabalu sebelum ke Kundasang. Jika sampai di KK tak sah kalau tak singgah di Pasar Filipina. Boleh cuci2 mata tengok pelbagai jenis mutiara di jual disana. (orang yang jual pon boleh tahan).

Selepas puas round2 KK, kami bertolak ke Kundasang. Perkara pertama dibuat ialah cari tempat menginap yang telah pon ditempah. Kami menginap di Celyn Resort tak jauh dari Pekan Kundasang. Pening jugak nak cari jalan ke resort tersebut sebab agak tersembunyi.
Tempat yang wajib dikunjungi di Kundasang ialah seperti Kinabalu Park, Poring Hot Spring dan Mesilau, Dairy Farm dan Spa Ikan di Ranau. Jika anda pergi ke Kinabalu Park, tiket yang sama juga boleh digunakan di Poring Hot Spring dan Mesilau. Harga tiket amatlah berpatutan.

pemandangan dr resort!!

canopy walk kt Poring

pemandangan di Kinabalu Park!!

camera pon kena cas tau..


 Tapi, cuaca di Kundasang sukar dijangka. Tak banyak tempat dapat dikunjungi oleh kami di Kundasang. Kami cuma dapat pergi di Kinabalu Park, Poring Hot Spring dan Spa Ikan di Ranau. Kebanyakkan masa dihabiskan untuk cari tempat makan. Sebabnya, di sana tak semuanya kedai Muslim dan banyak anjing berkeliaran. Nak selamat makan je KFC ye.

Tak banyak gambar dapat diambil sebab kebanyakkan tempat dikenakan cas untuk menangkap gambar seperti di Spa Ikan di Ranau. Nak tau macam mana bolehlah google okay!! 

Mungkin jika ada rezeki, akan ke Sabah buat kali kedua untuk melawat lebih banyak lagi tempat yang menarik. 

2 comments:

  1. Aslmkm..
    Nak cari makan halal kat kundasang senang jer. hampir 90 peratus restoren adalah halal.

    ReplyDelete
  2. "bantingtravel.blogspot.com
    Cuti-cuti Malaysia in Banting, introducing about Banting attraction and nice restaurant"

    ReplyDelete