Tuesday, April 12, 2011

Keputusan Liga Juara Eropah (Suku Akhir)

Barcelona dan Manchester United akhirnya menjadi pasukan yang terawal menempah tiket ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah. Manchester United sebelum itu berjaya mengalahkan musuh tradisinya,Chelsea dengan keputusan 2-1 di Old Trafford. 


Gol-gol United telah dijaringkan oleh Chicharito dan Park Ji-Sung. Ini bermakna United menang ke atas Chelsea dengan agregat 3-1 setelah menumpaskan pasukan yang sama di tempat lawan. 

Selain itu, pasukan gergasi dari Sepanyol, Barcelona telah berjaya menumpaskan Sharktar Donetsk hasil jaringan Lionel Messi pada akhir separuh masa pertama. Barcelona yang sebelum itu menumpaskan Shaktar pada suku akhir pertama dengan 5-1 meneruskan penguasaan di Ukraine dan menang dengan agregat 6-1.

Dua lagi perlawanan akan berlangsung untuk menetukan lawan masing-masing di separuh akhir. Juara sembilan kali, Real Madrid akan bertandang ke Tottenham bagi memburu satu lagi tempat ke separuh akhir setelah lama tidak melakukan. Real Madrid yang berjaya menewaskan Tottenham 4-0 di Satiago Bernabeu. Semetara itu, Schalke mempunyai kelebihan ke atas Inter Milan selepas mengejutkan pasukan itu di tempat lawan. 

Bengang Dengan Budak Ini!!

Kali ini aku nak kongsikan kisah aku yang berlaku pagi tadi. Ceritanya bermula begini. Macam biasa pada setiap pagi aku akan online Facebook aku untuk update status, accept friend dan sebagainya. Aku pun ada la komen satu wall fan page ni. Tengah syok komen tiba-tiba ada satu barua lelaki menyampuk dan kutuk-kutuk fan page tu. Aku pun tegurlah dan tanya dia pasal apa dia kutuk-kutuk page tu?? Kalau tak suka 'Unlike' la. Jangan kutuk-kutuk. 

Selepas tu agak lama jugak dia menyepi tak reply lagi komen kat page.Tiba-tiba satu private message masuk ke dalam inbox FB aku. Rupa-rupanya si barua cilaka lelaki yang kutuk fan page td. Message yang diberi sangatlah 'elok budi bahasanya'. Ada ke patut cakap muka aku macam nenek aku punye tuutt..??  Aku pun menganjing reply balik untuk mempertahankan maruah dan kejantanan aku. Setelah reply mereply antara satu sama lain, sampai satu tahap lelaki tu ajak aku gaduh. Aku kata taknak dia kata aku pondan lak. Lama-lama aku cakap kat dia ko ni jenis orang yang tak boleh diajar. Aku tak sanggup nak mengotorkan tangan aku menyentuh badan BUSUK kau tu. 

Demi mengelakkan berlarutan dan mendapat nasihat dari beberapaorang, aku pun membuat keputusan untuk 'block' dia. Padan muka dia.Pesanan untuknya. Woi,kalo stakat kat FB ko nk tunjuk hebat baik takyah. Kalo nak gado sgt pun pegilah cari mafia ke, yakuza ke. Ni aku. Sah  le ko ni penakut. Go To H**L la.. F*** You!! Opss terkeluar lak ayat bukan-bukan. Sebelum keluar ayat yang tinggi-tinggi dalam kategori memaki baik aku megendurkan diri. 

Nasib baik la ade peluang nak dapat iPhone 4, iPad, Macbook dapat menenangkan aku semula. Terima kasih kepada pihak berkaitan. Korang nak iPhone 4 jugak?? Klik sini Cabutan Bertuah. Apa yang penting ianya FREE je tau.

Monday, April 11, 2011

Minggu Orientasi Universiti Blogger Malaysia

Universiti Blogger?? Tertanya-tanya?? Universiti Blogger Malaysia ialah satu Universiti yang baru ditubuhkan semalam. Ini adalah Universiti maya pertama di Malaysiadan mungkin pertama di dunia!! Aku dengan bangganya mengishtiharkan diri aku sebagai penuntut di universiti ini. Universiti yang tidak diiktiraf kerajaan ini tidak memerlukan yuran pengajian dan tidak perlu penat lelah untuk membuat assignment, tanpa pensyarah. 


Sempena minggu orientasi ini setiap pelajar perlu mengenalkan diri masing-masing. Antara yang diperlukan ialah:-

1) Letakkan Banner UBM dalam entry. 

-Selesai

2) Nama anda dan Nama Blog anda

-Muhammad Irfan Bin Jamilludin. 
-Nama blog ialah IrfanzBlog

3) Sejak bila mula berblog

- Sejak Januari tahun 2011

4) Pandangan anda mengenai dunia blog darsawarsa ini.

-Pada hemat saya, dunia blog pada zaman sekarang ini semakin meningkat maju. Ramai rakyat di negara ini mula berkecimpung dalam dunia ini. Dunia blog sekarang ini bukan sahaja sekadar menulis malahan dapat menjana pendapatan yang lumayan daripadanya. Dunia blog juga sudah menjadi salah satu medium memperluaskan ilmu pengetahuan dan berkongsi idea dan pendapat. 

5) Pandangan anda mengenai IPTM (Institut Pengajian Tinggi Maya) pertama ini.

- Sangat bagus sekali. Usaha ini perlu diteruskan pada masa hadapan. Ianya mudah dan yang paling penting adalah PERCUMA!! Selain itu, ia juga akan meramaikan rakyat Malaysia mempunyai status siswazah tanpa masuk ke universiti sebenar. 

Hantarkan Assignment ini di Universiti Blogger Malaysia
Tarikh tutup ialah pada 13/4/2011

Cepat jangan lepaskan peluang ini!!

Cara Tingkatkan Traffic Blog

Cara ini baru saja aku jumpa. Cara yang paling mudah sekali. Tak usah penat-penat nak blogwalking, nak tinggal komen, nak tinggal link kat blog orang lain. Boleh dikatakan cara ini paling senang. Aku pun baru je lagi test cara ni dan ianya berhasil!! Tapi satu je kelemahan cara ini, kita kena surf dulu website yang disediakan dengan menekan butang surf now yang disediakan. 

Macam mana caranya?? Dengan 365Autohit adalah caranya. Tekan link ini sekarang  Tingkatkan Trafik Anda!! Lepas tu daftar seperti yang diminta. OK,selepas daftar pergi ke manage website dan letakkan alamat website anda. Apabila sudah selesai pergi ke butang allocate hits dan tetapkan berapa trafik yang diinginkan. Selesai sudah, tekan pula butang surf now dan biarkan ia melayari dengan automatiknya. Secara tidak langsung trafik blog anda juga meningkat. Tapi belum habis lagi. Sebelum itu, anda kena pastikan bahawa anda sudah menerima e-mail yang menyatakan anda sudah diterima. 

Sudah buat semua?? Selepas itu, klik link di sini!! sebagai pelengkap proses. Sudah tekan?? Bagus dan ini bermakna anda telah melengkapkan proses seperti yang dikehendaki. Terima kasih diucapkan. Sekian...

Saturday, April 9, 2011

Tips Dapatkan Followers Di Twitter

Ok, hari ini aku nak kongsikan tip untuk mendapatkan followers di twitter. Sudah sedia maklum, twitter ini berbeza dengan Facebook, Myspace, MF2U dan lain-lain social network. Twitter mengasingkan sape yang kita follow dan sapa yg follow kita. Jadi tak syok la kalau following lagi banyak dari followers. Kalau iklan Churpchurp pun tengok berapa banyak korang punya followers bukannya following.

Ok, berbalik ke tujuan asal. Terdapat beberapa cara untuk mendapatkan followers. Sape-sape yang dah baca ni boleh pilih je mana cara yang korang nak. Aku bagi tiga pilihan je. Cara senang, cara sederhana senang, dan cara susah.


1. Cara Senang


Kalo nak senang, korang daftar akaun twitter korang kt HitFollow. Cara ini paling senang. Korang daftar je pastu tak usah buat ape-ape. Followers akan datang secara automatik. Tapi cara ni juga secara automatik menambahkan Following korang. Tapi apa susah, unfollow je orang tu balik. Kebanyakkan followers korang ialah orang luar negara. Tapi cara inilah yang paling pantas!! Dalam sehari boleh dapat 100 followers.


2. Cara Sederhana Senang


Kalo cara ni memang aku guna. Korang daftar kt Twiends. Cara ni bagi aku paling best. Korang nanti akan dapat followers je. Tambahan lagi, korang boleh setkan untuk dapatkan followers dari Malaysia je. Tapi satu je problem Twiends nie. Die pakai sistem kredit yang di panggil seed. Korang boleh dapatkan seed dengan follow orang lain, like page kt facebook dan view video kt You Tube. Kalo taknak follow orang, add orang kt fb, korang view je You Tube video. Tak jejas ape2 pun.


3. Cara Susah


Cara ini pun aku gunakan jugak. Korang kena la follow sape-sape kat twitter. Rajin-rajinla tegur kalo da follow. Inshallah die akan  follow balik. 


Buat ape nak followers banyak-banyak?? Mesti la kene followers banyak, baru ramai kenalan. Tapi yang penting ChurpChurp senang bagi schedule tweet kat followers yang ramai. Satu Schedule Tweet pun lagi banyak ganjaran kalo followers banyak. 


Read More