Friday, May 6, 2011

BEN ASHAARI GEGAR BLOG MAY 2011


Kali ni aku nak join lagi segmen Ben Ashaari.Tapi kali ini spesial untuk bulan Mei. Apa?? Korang nak join jugak?? Klik kat link ni BEN ASHAARI GEGAR BLOG MAY 2011. Apa tunggu lagi?? Cepat kita menggegarkan blog di bulam Mei ini. Siapa lambat nasib korang la. Rugi tau.

Kalau dah datang menggegar tu jagan lupa tinggalkan komen. Nanti aku gegar korang balik..

Wednesday, May 4, 2011

Harga Minyak RON 97 Naik Lagi!!

Minyak RON 97 a.k.a minyak mahal naik lagi?? Kenaikan ini memang sudah dijangka. Alasan kenaikkan  tetap sama, kenaikkan harga minyak di pasaran dunia. Tetapi apa boleh buat, dah harga minyak dipasaran dunia naik, terpaksalah kerajaan menaikkan harga di Malaysia. Lagi pula harga minyak RON97 sudah diapungkan mengikut pasaran semasa. harga RON 97 terpaksa dinaikkan sebanyak RM 0.20 kepada RM 2.90 seliter. Kenaikkan berkuat kuasa tengah malam ini waktu Malaysia. Hehe..

Kenaikkan harga minyak RON 97 merupakan kenaikkan tertinggi dalam sejarah sejak harga minyak itu diapungkan mengikut pasaran semasa 31 Januari lalu. Ini merupakan kenaikkan kali ketujuh harga petrol RON 97. Kali terakhir harga minyak ini dinaikkan pada bulan lepas. Namun, kenaikkan harga minyak gred ini tidak menjejaskan harga minyak RON 95 a.k.a minyak murah yang kekal pada harga RM 1.90 seliter. 

P/S: Nampakya cita-cita aku nak pakai minyak mahal masih belum tercapai. Terpaksalah pakai minyak murah walaupun tinggal di negara pengeluar minyak.

Tuesday, May 3, 2011

Keputusan Liga Super 3/5

Keputusan Penuh Liga Super Malaysia

 N.Sembilan vs Perak
- FT: 3-1


Terengganu vs Perlis
- FT: 3-1


K.Lumpur vs Selangor
- FT: 1-3


Pahang vs Felda Utd
- FT: 0-0

Johor FC vs Kelantan
-FT: 0-1

Kedah vs Sabah
-FT: 1-1

Sunday, May 1, 2011

Osama Bin Laden Terbunuh??

Satu berita yang paling mengejutkan aku sepanjang tahun ini ialah kematian pemimpin rangkaian Al-Qaeda, Osama Bin Laden. Osama dikatakan terbunuh dalam serangan Amerikan Syarikat di Islambad, Pakistan. Kematian ini telah diumumkan dan disahkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama di White House. 

Kematian Osama ini dikatakan menjadi kejayaan besar kepada Amerika selepas memburu pemimpin Al-Qaeda itu selama hampir satu dekad. Osama yang menjadi buruan Amerika Syarikat dan juga dikatakan menjadi perancang tragedi 11 September. Kematian Osama ini pastinya 
disambut gembira oleh sekutu Amerika, Israel. 

Takziah diucapkan kepada Osama bin Laden. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Untuk info lanjut klik sini Kematian Osama.

Opick-Rapuh


detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

P/s-aku suka sgt lagu nie.Lirik yang sangat indah dan mempunyai maksud yang mendalam..