Thursday, February 3, 2011

Lirik Lagu Maher Zain-Inshallah(malay version)

Inshallah by Maher Zain

Andainya..
Kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram, bagai malam yang gelap
tiada bantuan, tiada tujuan

Janganlah berputus asa..
Kerana Allah bersamamu..

InsyaAllah... InsyaAllah...
InsyaAllah... Ada Jalannya...

Andainya..
Kesalmu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Tika keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu

Janganlah berputus asa...
Kerana Allah bersamamu...

Kembalilah....
Kepada yang esa
Yakin padanya, panjatkanlah doa..
OOoo~ Ya Allah...
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar..
Jalan yang benar... Jalan yang benar..
Jalan yang benar...

Wednesday, February 2, 2011

Tahun Baru Cina

Aku ingin menggunakan kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakyat Malaysia yg berbangsa Cina. Seperti diketahui umum, Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting masyarakat Cina bukan sahaja di Malaysia malahan di seluruh dunia. Pada tahun 2011, tahun ini merupakan tahun arnab mengikut sistem kalendar masyarakat cina.

Masyarakat cina lazimnya membakar mercun dengan tujuan untuk menghalau puaka atau jin. Selain itu, mereka juga akan makan besar bersama-sama ahli keluarga bagi meraikan perayaan ini. Selain itu, mereka lazimnya memberi ang paw kpd kaum yg muda untuk melambangkan nasib yang baik. Mereka akan menyambut perayaan ini sehingga 15 hari dimana hari itu dipanggil Chap Goh Mei.

Dalam pada itu, aku sebagai warga Malaysia ingin menggunakan kesempatan ini untuk melahirkan rasa syukur kerana kita sebagai rakyat Malaysia hidup aman dan damai walaupun mempunyai pelbagai bangsa. Aku akhiri degan sekali lagi mengucapkan Happy Chinese New Year,Gong Xi Fa Cai.

Banjir

Kali ini aku nk kongsi sikit pendapat aku pasal banjir. Banjir yg berlaku tanpa disangka-sangka di beberapa buah negeri telah menimbulkan kesusahan kpd penduduk di kawasan yg telibat dgn banjir. Banjir yg paling teruk berlaku di negeri Johor di mana telah menenggelamkan sebahagian besar daerah Labis. Secara kebetulan, banjir ini berlaku selepas berlangsungnya PRK DUN Tenang yg dimana telah dimenangi oleh calon BN.Ini merupakan tugas yg pertama yg perlu diselesaikan oleh wakil rakyat yg baru. Ini juga akan menguji samada wakil rakyat yg baru dipilih mampu membantu rakyat atau sebaliknya.

Dalam perkara yg sama, banjir kali ini dikatakan yg paling buruk selepas beberapa tahun dan telah mengorbankan sebanyak 2 nyawa di Johor. Selain itu, kejadian banjir yg berlaku di negeri-negeri lain di Malaysia juga tidak kurang dasyatnya. Antara negeri yg terlibat dgn banjir ialah Melaka,N 9,Pahang dan Sabah. Ini menyebabkan banyak rakyat menanggung kerugian akibat kerosakkan harta benda. Mereka kini mengharapkan bantuan dari kerajaan untuk membantu meringankan beban yg mereka tanggung.

Selain itu, kerajaan juga seharusnya memikirkan cara untuk mengelakkan kejadian banjir ini terus berlaku. Kerajaan seharusnya mencari cara yg terbaik untuk menyelesaikan masalah berkaitan banjir. Jika perkara ini terus dibiarkan, ini akan membawa kerugian yg besar kepada negara dan juga akan mengorbankan lebih byk nyawa lagi.

Tuesday, February 1, 2011

Krisis Mesir

Baru-baru ini rakyat Mesir secara tiba-tiba bangkit dengan melakukan demonstrasi di bandar-bandar nagara mereka menuntut supaya pemimpin utama negara mereka Hosni Mubarak supaya berundur meletakkan jawatan. Tindakan rakyat Mesir ini tercetus selepas rakyat Tunisia melakukan revolusi di negara mereka dan berjaya menggulingkan pemimpin diktator di negara mereka,Ben Ali. Seperti mendapat suntikan baru,rakyat Mesir mengejutkan dunia dgn melakukan perkara yg sama walaupun cuba dihalang oleh Hosni dgn menggunakan tentera.


Akibat drpd itu,ramai pelajar yg belajar di Mesir terutama di Universiti Al-Azhar masih terperangkap dan mengalami pelbagai kesulitan. Antara kesulitan yg di hadapi ialah kekurangan makanan akibat byk kedai-kedai ditutup dan aktiviti perniagaan yg lain lumpuh.Selain itu, mereka juga tidak dpt mengekses internet kerana telah disekat oleh kerajaan Mesir bagi mengelakkan kebangkitan rakyat dari terus berlaku. Dalam pada itu, ibu bapa pelajar di sini mendesak supaya membawa balik kesemua pelajar Malaysia dari Mesir demi menjaga keselamatan para pelajar. Perkara yg sama juga dilakukan oleh negara lain di dunia seperti Indonesia.

Di Malaysia pula, ada beberapa pihak yg akan melakukan perhimpunan secara aman untuk menyokong perjuangan rakyat Mesir menentang pemimpin diktator pada Jumaat ini selepas solat Jumaat.



Selain itu, penentangan terhadap Hosni Mubarak ini juga menggugat kedudukan Israel jika Hosni dpt digulingkan.Ini kerana, Mesir merupakan pintu masuk utama ke Palestin yg selama ini ditutup oleh rejim Hosni atas desakan Israel. 

Diharapkan rakyat Mesir sentiasa bersabar dan terus melakukan kebangkitan. Inshallah rakyat diseluruh dunia akan menyokong anda.

Le Tour De Langkawi

Tadi aku berkesempatan menonton Le Tour De Langkawi yg ditayangkan secara langsung di TV 1. Sekalung ucapan tahniah kpd pihak penganjur yg telah dpt menganjurkan kejohanan dgn berjaya sekali. Walaupun terdapat pelbagai masalah yg menimpa seperti hujan lebat,banjir dan sebagainya,pihak penganjur telah berjaya mengatasi segala masalah tersebut dgn baik sekali.

Dalam pada itu,tahniah juga buat para pelumba negara yg telah berjaya memberikan  saingan terbaik kpd pelumba luar negara. Anuar Manan sekali lagi mengharumkan nama negara dgn beberapa kali berjaya menduduki podium dan mendapat tempat yg kedua dlm kategori Raja Pecut.

Dengan berakhirnya pusingan yg kesepuluh yg berlangsung di sekitar Padang Merdeka,Kuala Lumpur,maka berakhirlah kejohanan Le Tour De Langkawi pada tahun ini. Diharapkan kejohanan yg sama dpt dilakukan pd tahun hadapan dgn membuat sedikit penambahbaikkan supaya kejohanan ini lebih mendapat penyertaan dan liputan di luar negara seterusnya meningkatkan taraf kejohanan ini supaya setanding Le Tour De France..