Friday, June 3, 2011

Keputusan Hong Kong VS Malaysia

Malaysia hanya mampu seri dengan Hong Kong pada perlawanan persahabatan yang baru saja selesai sebentar tadi. Perlawanan tersebut berlangsung Siu Sai Wan Sports Ground (Chai Wan), Hong Kong. 

Kedua-dua pasukan buntu mencari gol pada babak pertama perlawanan. Namun, ianya berakhir pada minit ke-60 perlawanan apabila pasukan Hong Kong berjaya membolosi gawang pasukan Malaysia hasil jaringan Siu Ki Chan. Namun, kegembiraan pasukan Hong Kong hanya bertahan selama 6 minit apabila pasukan Malaysia berjaya menyamakan kedudukan pada minit 66 perlawanan hasil jaringan Amri Yahya. 

Selepas itu, kedua-dua pasukan buntu mencari gol tambahan sehingga tamat 90 minit perlawanan. 


Update Blog

Lama sudah rasanya aku tak update blog aku ni. Maklumlah, sekarang ni aku sibuk sehinggakan tak mempunyai masa nak online. Bukan sibuk ape, sibuk dengan Minggu Destini Siswa. Kalau sesiapa budak UiTM mesti tau ape itu Minggu Destini Siswa. Selama seminggu aku terpaksa tidur lambat dan bangun awal pagi. Tak cukup tidur dibuatnya.Tapi ape-ape hal pun setakat ini aku gembira kat sana.

Baru hari ini aku berkesempatan untuk mengupdate blog aku yang tak seberapa ini. Semangat ada, tapi idea tak ade. Penat punye penat aku cube mengorek idea tapi tak dapat jugak. Jadi aku ambik keputusan nak tulis entry ringkas je. Sedih betul!! Tapi ape2 hal pun aku berasa gembira sebab dapat balik rumah. Bukan sebab ape, nak ambik barang2 yang tak cukup. Maklumlah rumah dengan kampus UiTM aku jauh. Macam-macam dugaan yang menimpa aku sepanjang usaha untuk balik ke rumah.


Pertama sekali bila tiket bas dari Dungun ke Melaka dah habis. Rungsing dibuatnya. Nak turun Seremban pun tak ade tiket jugak. Lama-lama terpaksa turun ke KL dulu sebelum balik ke Melaka. Dah makan banyak masa, duit dan tenaga. Namun, alhamdulillah aku dapat melaluinya. Biasa la, tak biasa turun KL. Jadi macam kekok sikit. 


Sebelum aku akhiri entry ini, pengajaran yang aku dapat ialah belilah tiket awal. Lebih-lebih lagi pada musim cuti dan perayaan. Terima Kasih 




Wednesday, May 18, 2011

Hari Yang Memenatkan

Penat gile!! Itu yang hanya mampu aku ungkapkan hari ini. Mana tidaknya, satu hari suntuk tak duduk rumah untuk menyelesaikan segala apa yang patut. Sampai nak online dan update blog pun tak ade masa. Tapi yang paling teruk, nak makan pun tak sempat. Orang lain dah nak makan malam, aku baru je nak makan tengah hari. 

Ape yang aku buat sampai makan pun tak sempat?? Aku sebenarnya buat medical check up kat hospital Alor Gajah. Nak masuk Universiti katakan. Lepas pergi Alor Gajah aku turun pulak kat Klinik Masjid Tanah nak buat appointment dengan doktor. Nak mintak pengesahan dan sebagainya. Sampai je kt Klinik Masjid Tanah, orang tu kata dah penuh sampai hujung bulan. Bengang betul!! Last-last aku pergi check gigi je kat Masjid Tanah. Lama-lama aku terpaksa mengalah, aku terus pergi appointment kat klinik swasta. Nak bayar lebih pun sanggup.

Lepas tu aku terus pergi ke Bank Islam nak buka akaun bank. Punya la ramai hari ini nak buka akaun bank. Lebih satu jam aku tunggu baru selesai. Maklumlah, orang lain nak masuk universiti jugak. Bukan aku sorang je. Kesian jugak aku tengok orang yang kerja bank tu. Tak dapat berehat langsung. Tiap masa ada je orang nak berurusan. 

Lepas tu aku balik rumah kejap. Lepas makan, sembahyang semua, aku turun balik Masjid Tanah. Nak beli kelengkapan yang lain seperti seluar, stokin, dan lain-lain lagi. Memang letih sampai ke tahap nak gila aku cakap sama korang. Nasib baiklah ada kakak aku yang temankan. Senang sikit nak selesaikan urusan. Oklah, aku pun dah tak ade idea nak tulis ape lagi. Penat tadi pun tak hilang lagi. Tapi apa-apa hal dulu Klik sini dulu sebagai penghilang penat ok?? Tq...

Monday, May 16, 2011

Kelantan Bertemu Terengganu Di Final Piala FA

Dua pasukan dari pantai timur, Kelantan dan Terengganu akan berentap di peringkat akhir Piala FA. Kelantan dan Terengganu layak selepas menewaskan lawan masing-masing di peringkat separuh akhir. 

Di separuh akhir kedua sebentar tadi, Kelantan berjaya mengikat musuh ketatnya dengan keputusan 1-1 dan menang agregat 6-2. Manakala, Terengganu berjaya menewaskan Pahang dengan keputusan 2-0 dan layak ke akhir dengan agregat 5-2. 


Pusingan Akhir Piala FA

Kelantan VS Terengganu

Pasukan manakah akan menjulang Piala FA?? 
Nantikan keputusannya...

Selamat Hari Guru

Aku ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di Malaysia ini terutama guru-guru di bekas sekolah aku, SKK SMK Ghafar Baba. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta sihat selalu untuk meneruskan tanggungjawab sebagai pendidik anak bangsa. Aku rasa ucapan ini masih belum terlambat kerana hari guru sepatutnya bukanlah disambut dalam sehari saja.



Tugas guru sememangnya bukan mudah. Sebab itulah tugas guru dipandang mulia dan tinggi oleh masyarakat. Bukan semua orang boleh menjadi seorang guru. Hanya mereka yang mempunyai sifat tanggungjawab, penyabar dan berdedikasi dalam menjalankan tugas. Sekarang ini, tugas guru lebih mencabar. Ditambah lagi sikap murid-murid yang tidak menghormati guru dan sikap ibu-bapa yang memanjakan anak-anak mereka. Tak boleh dirotan, disentuh langsung oleh guru walaupun sebenarnya memang anak mereka yang bersalah. Sikap percaya 100% kepada anak-anak perlulah dibuang. Ini kerana anak-anak mereka akan menjadi lebih berani untuk menipu dan berbohong kepada ibu-bapa mereka.

Oleh itu, jangan difikir tugas guru itu mudah. Sesungguhnya tugas guru itu adalah penyambung kepada tugas nabi iaitu menyampaikan ilmu kepada orang lain. Tugas guru adalah amat penting untuk melahirkan modal insan yang berguna kepada bangsa, agama dan negara di masa hadapan.