Friday, April 29, 2011

Jihan Tersingkir Maharaja Lawak Minggu Ke-5

Maharaja Lawak minggu ke- 5 menyaksikan peserta tunggal wanita, Jihan menghembuskan meninggalkan pentas Maharaja Lawak. Ini bermakna selepas ini peserta yang tinggal di Maharaja Lawak hanyalah peserta lelaki sahaja. Ini membuktikan bahawa peserta lelaki terus mendominasi pentas lawak di negara ini. Jihan tersingkir selepas persembahan beliau agak hambar pada minggu ini. Jihan mengikut jejak langkah Alex, R2, XN3, dan Wai.

Tersingkir. Undian ditutup!!

Pesembahan Jozan, Sepah, Jambu, Nabil terus memghangatkan pentas Maharaja Lawak pada minggu ini. Namun mereka dibayangi oleh peserta lain yang terus memberikan saingan ketat. Manakala peserta yang selalu dikata-katakan akan terkeluar di laman Facebook Maharaja Lawak,  Amir terus kekal dan terselamat. Mungkin sudah rezeki beliau untuk terus bersaing di pentas Maharaja Lawak. 

Tawaran Ke Matrikulasi Buat Aku Dalam Dilema

Kali ini aku nak berkongsi satu berita yang agak gembira dengan para pembaca blogger semua. Aku rasa korang oun dah tahu apa beritanya sebab tengok tajuk pun tahu. Betul!! telah ditawarkan untuk meneruskan pengajian ke Matrikulasi dalam asasi Sains.  dan pengajian selama satu tahun. Aku pun sebenarnya tak boleh percaya aku dapat tawaran ni. Sebab keputusan SPM aku bukannya bagus sangat. Sekadar cukup-cukup makan je. Tetapi dah rezeki nak buat macam mana kan??

Sekarang aku dalam dilema sama ada nak terima tawaran ini atau pun tidak. Atau aku patut menunggu keputusan kemasukan ke IPTA?? Aku sebenarnya takut tak boleh bawa dan akhirnya kandas dipertengahan jalan. Sia-sia je kalau macam tu.Tetapi kalau aku dapat bawa, cepatlah aku dapat ijazah nanti. Selain itu, aku juga ada menerima tawaran untuk temu duga Kursus Perguruan Lepasan SPM juga. Bagaimana kalau aku dapat tawaran ke IPTA juga?? Lagi bertambah la dilema dalam fikiran aku.


Rase-rase mana yang patut aku pilih??Matrik?? KPLSPM?? Atau tunggu tawaran ke IPTA?? Kini aku hanya mengharapkan ihsan dari Tuhan Yang Maha Mengatahui. Harap Tuhan memudahkan segalanya bagi aku. Dan memberikan aku jalan yang terbaik demi masa depan aku. Supaya jalan yang dipilih nanti merupakan jalan yang terbaik. Inshallah



Thursday, April 28, 2011

SANTAI BEN ASHAARI :KENAPA AKU SEORANG BLOGGER


Kali ini aku nak join segmen Ben Ashaari. Kalau sesiapa yang nak join juga pergi ke link berikut Santai Ben Ashaari. Dalam segmen ini BA menyuruh buat blogger semua buat satu entry berkisarkan tajuk KENAPA AKU SEORANG BLOGGER.

Aku menjadi seorang blogger ialah kerana dengan berblogging, aku dapat menajamkan lagi penulisan aku supaya aku dapat membina satu penulisan yang berkualiti dan menarik. Selain itu, aku menjadi seorang blogger juga tidak lain untuk berkongsi idea,informasi dan pengalaman aku bersama masyarakat terutama di Malaysia. Sebab yang lain ialah blog ini boleh dikatakan menjadi trend terkini untuk semua orang memiliki sebuah blog. Jadi aku tak mahu tercicir dalam trend ini. 

Selain itu, aku boleh menambah ramai kenalan dari setiap pelusuk negara dan perlu diakui dengan berblog juga dapat menjana pendapatan sampingan. Sebab yang paling utama ialah ia memberikan kepuasan kepada aku lebih-lebih lagi kalau mendapat jumlah pembaca yang ramai. 

Sekian....


Wednesday, April 27, 2011

Menghina Hukum Islam??

Aku sebenarnya tak mahu tulis entry ini. Tapi setelah aku fikir-fikir aku terpaksa juga menulis entry ini untuk sekadar peringatan terutama kepada manusia yang mengaku dirinya sebagai ISLAM. Sebelum itu, aku ingin meminta maaf kerana entry ini adalah berkaitan dengan politik dan isu semasa yang hangat diperkatakan iaitu isu video seks yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim.

Pada mulanya aku sengaja membaca komen-komen oleh pengguna Facebook mengenai video seks itu di page seseorang. Bukan untuk berpolitik, tapi lebih kepada untuk mencari maklumat untuk mencari kebenaran terhadap isu itu. Komen yang diberi seolah-olah menjadi perdebatan di antara mereka yang menafikan dan mereka yang percaya. Sampai satu tahap seseorang membangkitkan supaya isu ini menggunakan hukum Islam dengan mengenakan Qazaf. Tetapi jawapan yang diberikan adalah sangat mendukacitakan. 



*Klik untuk imej yang lebih jelas

Itulah kenyataan yang dibuat oleh seseorang yang bagi aku menghina hukum yang diturunkan Allah. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang dilakukanNya. Hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk makhluknya sepanjang masa. Islam ini adalah agama yang sesuai sepanjang zaman. Tak perlu penafsiran semula, penambahbaikkan, tak perlu ditambah dan dikurangkan kerana sifat agama Islam itu adalah sempurna. Jika ditambah atau diubah,maka hilanglah sifat kesempurnaanya. Hayati potongan ayat Al- Quran ini:-

Firman Allah SWT:  "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka  mereka adalah orang-orang yang kafir" (al-Maidah: 44)


Firman  Allah SWT: "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah,  maka mereka adalah orang-orang yang zalim" (al-Maidah:45)


Firman  Allah SWT: "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah,  maka mereka adalah orang-orang yang fasiq" (al-Maidah:47)


Firman  Allah SWT: "Apakah hukum Jahiliyyah yang mereka kehendaki, dan hukum siapakah  yang lebih baik dari hukum Allah bagiorang-orang yang yakin?"  (al-Maidah:50)



Photobucket

Tuesday, April 26, 2011

10 Jenama Laptop Terkenal Di Dunia


1. Apple



2. Lenovo



3. Alienware



4. ASUS



5. Sony



6. Gateway



7. Toshiba



8. Hewlett Packard (HP)




9. Dell



10. Acer