Thursday, July 21, 2011

FT: Malaysia 0-1 Chelsea

Chelsea berjaya mengalahkan pasukan Malaysia dalam perlawanan persahabatan Jelajah Asia sebentar tadi dengan keputusan 0-1. Chelsea yang menunjukkan corak serangan dari mula gagal menembusi benteng pertahanan Malaysia pada separuh masa pertama. 

Namun, Drogba berjaya memecahkan kebuntuan dengan jaringan yang agak kontroversi melalui sepakan percuma. Walaupun keputusan itu dibantah beberapa pemain Malaysia, namun pengadil tetap dengan pendirian mereka dengan memberi gol kepada Chelsea. 

Corak permainan Chelsea pada malam ini agak menghampakan kerana kerap kali gagal menyudahkan beberapa peluang yang ada. Mungkin disebabkan cuaca yang agak panas di Malaysia menyebabkan corak permainan mereka tak seperti yang diharapkan ribuan peminat mereka di Malaysia. 

Selain itu, Malaysia juga kadang-kadang mendapat peluang untuk menjaringkan gol,tapi hampa dengan percubaan yang kurang kemas. Namun begitu, pujian harus diberikan kepada pertahanan Malaysia yang kental bertahan sehinggakan pemain Chelsea begitu susah untuk menembusinya....

Malaysia VS Chelsea Live Di Astro

Malam ini, pasukan Harimau Malaya akan turun menentang sebuah pasukan gergasi dari Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea. Pasukan Malaysia turun dengan azam yang baru setelah berjaya menunjukkan aksi melawan ketika menentang satu lagi pasukan dari EPL, Liverpool tempoh hari dengan berjaya membolosi gawang Liverpool dengan 3 gol. 

Selain itu, Pasukan Malaysia juga akan menurunkan skuad Olimpik sebagai salah satu usaha untuk mendedahkan para pemain muda Malaysia untuk menentang pasukan yang jauh lebih berpengalaman. Para pemain muda Malaysia akan digabungkan dengan pemain senior. 

Sementara itu, peminat The Blues di Malaysia sudah semestinya mengharapkan aksi yang terbaik ditunjukkan oleh pasukan kesayangan mereka. Mereka juga sudah semestinya berharap pemain seperti Lampard, Torres dan Drogba akan diturunkan ketika menentang Malaysia.

Oleh itu, kepada sesiapa yang tidak mempunyai kesempatan untuk ke stadium, mari kita menyaksikan perlawanan ini secara LIVE di Astro Supersport dan Astro Arena pada pukul 8.45 malam ini. Selamat menonton.

Sunday, July 17, 2011

Dr Lo' Lo' Kembali ke Rahmatullah

Dr Lo' Lo' Ghazali sebentar tadi telah menghembuskan nafas terakhir beliau. Allahyarhamah yang merupakan ahli parlimen Titiwangsa meninggal di Hospital Selayang kerana menghidapi penyakit kanser. 

Menurut sumber Harakahdaily, jenazak Allahyarhamah akan dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato' Keramat. Harakahdaily.



Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman di alam sana. Sesungguhnya beliau seorang tokoh yang tabah dalam memperjuangkan dan menegakkan Islam di bumi Malaysia. Amin.....

Friday, June 3, 2011

Keputusan Hong Kong VS Malaysia

Malaysia hanya mampu seri dengan Hong Kong pada perlawanan persahabatan yang baru saja selesai sebentar tadi. Perlawanan tersebut berlangsung Siu Sai Wan Sports Ground (Chai Wan), Hong Kong. 

Kedua-dua pasukan buntu mencari gol pada babak pertama perlawanan. Namun, ianya berakhir pada minit ke-60 perlawanan apabila pasukan Hong Kong berjaya membolosi gawang pasukan Malaysia hasil jaringan Siu Ki Chan. Namun, kegembiraan pasukan Hong Kong hanya bertahan selama 6 minit apabila pasukan Malaysia berjaya menyamakan kedudukan pada minit 66 perlawanan hasil jaringan Amri Yahya. 

Selepas itu, kedua-dua pasukan buntu mencari gol tambahan sehingga tamat 90 minit perlawanan. 


Update Blog

Lama sudah rasanya aku tak update blog aku ni. Maklumlah, sekarang ni aku sibuk sehinggakan tak mempunyai masa nak online. Bukan sibuk ape, sibuk dengan Minggu Destini Siswa. Kalau sesiapa budak UiTM mesti tau ape itu Minggu Destini Siswa. Selama seminggu aku terpaksa tidur lambat dan bangun awal pagi. Tak cukup tidur dibuatnya.Tapi ape-ape hal pun setakat ini aku gembira kat sana.

Baru hari ini aku berkesempatan untuk mengupdate blog aku yang tak seberapa ini. Semangat ada, tapi idea tak ade. Penat punye penat aku cube mengorek idea tapi tak dapat jugak. Jadi aku ambik keputusan nak tulis entry ringkas je. Sedih betul!! Tapi ape2 hal pun aku berasa gembira sebab dapat balik rumah. Bukan sebab ape, nak ambik barang2 yang tak cukup. Maklumlah rumah dengan kampus UiTM aku jauh. Macam-macam dugaan yang menimpa aku sepanjang usaha untuk balik ke rumah.


Pertama sekali bila tiket bas dari Dungun ke Melaka dah habis. Rungsing dibuatnya. Nak turun Seremban pun tak ade tiket jugak. Lama-lama terpaksa turun ke KL dulu sebelum balik ke Melaka. Dah makan banyak masa, duit dan tenaga. Namun, alhamdulillah aku dapat melaluinya. Biasa la, tak biasa turun KL. Jadi macam kekok sikit. 


Sebelum aku akhiri entry ini, pengajaran yang aku dapat ialah belilah tiket awal. Lebih-lebih lagi pada musim cuti dan perayaan. Terima Kasih