Tuesday, April 19, 2011

JPJ Test

Nervous rase hati nie nak menunggu esok hari. Sape yang tak nervous kalo kena buat test JPJ kan?? Sehebat mane pun dia bawak kete mesti time test JPJ mereka akan rase gugup jugak. Tapi aku cube relax dan cool supaya aku tak buat kesilapan yang tak sepatutnya. Tak pasal-pasal kena bayar lagi kt JPJ tu sebab fail. Aku da le tengah pokai sekarang nie. Nuffnang langsung kedekut tak kasi BE kat aku. Ade ke patut?? 

So, daripada aku membebel tak tentu arah, aku nak mintak sape-sape yang baca entry ini supaya mendoakan aku supaya lulus test JPJ esok. Sekarang ini aku hanye mampu berdoa dan bertawakal kepada yg Maha Esa dan juga mengharapkan ihsan doa daripada korang sume. 


Harap-haraplah esok tester JPJ nie sumenye baik-baik dan cool. Janganlah dapat yang muka macam nak makan orang je. Kalo macam tu sampai aku mati pun kempunan nak dapat lesen kete. Tapi ape-ape pun doakan aku supaya lulus ok. Terima kasih....

Monday, April 18, 2011

Followers yang Ke-100!!

Baru semalam aku menulis blog pasal followers blog aku ni yang naik mendadak selepasjoin segment Ben Ashaari. Hari ini aku bukak je blog terus followers aku jadi 100 orang. Cube tengok nie...


Betul kan?? Aku rasa aku tak payah nak tandakan atau bulatkan sebab tengok pun dah tau yang mana satu. Tapi malangnya bile aku klik je sebab nak follow balik tiada link blog die. Agak terkilan jugak sebab followers yang ke-100 aku tak dapat nak follow balik. Tapi ape-ape hal pun aku rasa bersyukur kerana dengan adanya followers yang semakin meningkat dari semasa ke semasa, ini bermakna blog aku bukanlah blog yang syok sendiri. Maklumlah, blog ini baru je berusia 3 bulan, maka pembacanya masih kurang dan kualiti penulisan aku pun masih di tahap lemah. Inshallah aku akan meng'upgrade' blog ini setiap masa supaya sesuai dengan minat para blogger di Malaysia..

Sunday, April 17, 2011

Followers Blog

Rasa macam dah lama tak update blog nie. Kesibukan yang memanjang dan tidak dapat dielakkan menyebabkan blog ini terbiar seperti tiada bertuan. Nasib baik ada sedikit kesempatan pada malam nie tapi tak ade idea la pulak!! Tapi tangan nie gatal jugak nak update blog. So, aku paksakan diri ini untuk mengeluarkan idea. 

Aku nak cerita sikit pasal followers kt blog aku nie. Followers aku kalo nak dibandingkan dengan bloggers lain memang jauh ketinggalan. Namun bagi aku, dalam tiga bulan dalam dunia blog ini, followers aku hampir mencecah ke angka 100 orang. Ini bermakna dalam sebulan aku boleh memperoleh lebih kurang 30 orang followers. Inshallah angka tersebut akan terus meningkat. Cuma perlu rajinkan diri update blog dan mencari kenalan baru.

Peningkatan ini jugak sebenarnya berpunca dari Ben Ashaari. Ini kerana, walaupun baru dua kali aku join segment BA, peningkatan followers aku agak mendadak walaupun aku tak update blog selama beberapa hari kebelakangan nie. Kepada semua followers aku, inshallah aku akan follow korang balik tapi tolonglah tinggalkan link dishoutbox atau komen yg mengatakan korang da follow aku. Kadang-kadang aku tak dapat nak follow balik sebab tiada link yang ditinggalkan. So, sape-sape yang aku belum follow balik dan nak aku follow, sila tinggalkan link ok..Dan sesiapa yang belum follow tu anda digalakkan berbuat demikian. Terima Kasih..

Wednesday, April 13, 2011

BEN ASHAARI GEGAR LAGI


Kali ini Ben Ashaari buat segment lagi. So, aku amek keputusan nak join segment BA ni. Tujuan asal BA nak kumpuul seramai yang mungkin blogger mulai hari Rabu sampai Ahad. So, jomlah kita ramai join segment BA ini. Tak rugi tau. Bukan susah pun nak join just klik kat Ben Ashaari Gegar Lagi ok..Jom ramai-ramai tambahkan kenalan dan followers..

Hafiz-Awan Nano (Lirik)



Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri
Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu
Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu
Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu