Friday, March 4, 2011

Apa itu Faceblog??

Apa itu Faceblog. Jujurnya aku pun tak tahu fungsi Faceblog ini. Jadi aku pun cuba la masuk Faceblog ini mana tahu dapat meningkatkan traffik blog aku yang tak berapa nak tinggi ni. So, aku copy balik apa yang Faceblog cakap pasal komuniti Faceblog ini.


SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTI FACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMA FACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH. 

Berminat nak join?? Sila klik kat banner warna hijau yang tertera lambang Faceblog yang ada kat sidebar. Terima Kasih.

Thursday, March 3, 2011

Top 10 Filem Tempatan Dan Antarabangsa

* Top 10 filem Malaysia mendapat kutipan tertinggi 

1. Ngangkung (2010) -RM 8.18 Juta

2. Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010) -RM 7.90 Juta

3. Khurafat (2011) -RM 7.90 Juta

4. Adnan Sempit (2010) -RM 7.66 Juta

5. Lagi-Lagi Senario (2001) -RM 6.33 Juta

6. Geng: Pengembaraan Bermula (2009) -RM 6.20 Juta

7.  Sembilu 2 (1995) -6.10 Juta

8. Jangan Pandang Belakang Congkak (2009) -RM 6.09 Juta

9. Jangan Pandang Belakang (2007) -RM 5.78 Juta

10. KL Drift 2 (2010) -RM 5.67 Juta

Top Filem Malaysia

*Top 10 filem antarabangsa mendapat kutipan tertinggi

1. Avatar (2009) - $2,781,505,847

2. Titanic (1997) - $1,835,300,000

3. The Lord Of The Rings: The Return Of The King (2003) - $1,129,219,252

4. Pirates Of The Caribbean: Dead Man's Chest (2006) - $1,065,896,541

5. Toy Story 3 (2010) - $1,062,984,497

6. Alice In Wonderland (2010) - $1,023,285,206

7. The Dark Knight (2008) - $1,001,921,825

8. Harry Potter And The Sorserer's Stone (2001) - $968,657,891

9. Pirates Of The Caribbean: At World's End (2007) - $958,404,152

10. Harry Potter And The Deathly Hollows: Part 1 (2010) - $945,425,810

Top Filem Antarabangsa

Maher Zain-Subhanallah Lyric


سبحان الله

سبحانك ربي سبحانك
سبحانك ما أعظم شانك

ندعوك ونرجوا غفرانك

As I traveled through the earth
I can't help but notice
The symphony I hear all around
from the smallest grain of sand
to the faraway planets
to a flower put in roots in the ground
Every bird in the sky
Every rock and every raindrop
Says as it falls from the clouds
every ant, every plant
every breeze and all the seas
They all sing

سبحانك ربي سبحانك
سبحانك ما أعظم شانك

ندعوك ونرجوا غفرانك

Mesut Kurtis:-

جل الله بكل كون الله
ألمح نور الله
وذكر ربي في دقات قلبي
يهتف بسم الله
خلق الله
صنع الله ما أبهاه
والأكوان تسبح بسم الله
جل الله في علاه
يا رباه يا رحمن
الله

سبحانك ربي سبحانك
سبحانك ما أعظم شانك

ندعوك ونرجوا غفرانك

سبحان الله

سبحانك ربي سبحانك
سبحانك ما أعظم شانك

ندعوك ونرجوا غفرانك


p/s-my favourite song!!

Wednesday, March 2, 2011

Enjin Carian (search engine)

Mungkin ramai yang sudah tahu apa itu enjin carian atau dalam bahasa Inggeris disebut sebagai search engine. Secara umumnya, enjin carian ialah sebuah pengkalan data yang menyimpan segala pautan laman web dan kata kunci atau frasa. Sebagai contahnya apabila anda menaip IrfanzBlog pada enjin carian, ia akan mencari kata kunci atau pautan yang dimasukkan dengan kata kunci yang terdapat di dalam indeks pengkalan data. Sebagai hasilnya, apabila kata kunci yang dimasukkan dijumpai, maka segala laman web yang berkaitan akan dipaparkan kepada anda. 


Untuk pengetahuan semua, bukan semua enjin carian adalah sama. Sesetengah enjin carian akan mengindeks nama tajuk halaman sahaja dan sesetengah yang lain akan mengindeks kandungan sesuatu laman web sahaja. Pengkalan data bagi enjin carian disusun oleh 'spiders'. Spiders ialah robot yang digunakan untuk mengumpul maklumat yang terdapat di dalam sesebuah laman web.


Apabila spider ini masuk ke dalam sesebuah laman web, ia akan melakukan satu proses yang dipanggil 'crawling'. Dalam proses ini, 'spider' akan mengumpul semua perkataan yang terdapat di dalam laman web tersebut dan diindekskan ke dalam pengkalan data yang dikenali sebagai proses indexing.





Enjin carian yang paling popular dan banyak digunakan ialah Google. Ini diikuti oleh Yahoo! dan Bing masing-masing di tempat kedua dan ketiga. Ini diukur berdasarkan jumlah pengguna seluruh dunia yang menggunakan sesuatu enjin carian.

Tuesday, March 1, 2011

Pencipta World Wide Web (WWW)

Sir Timothy John Berners Lee atau lebih dikenali sebagai Tim Berners Lee adalah individu yang bertanggungjawab mencipta World Wide Web atau nama singkatannya "WWW". Beliau yang lahir pada 8 Jun 1955 di London, UK merupakan seorang engineer dan saintis komputer yang telah menemukan Jaringan Sejagat atau "WWW" pada bulan Mac 1989.


Selain itu, beliau juga merupakan pengarah kepada World wide Web Consortium (W3C) sebuah badan piawaian antarabangsa yang bertanggungjawab membangun dan menyelaraskan teknologi berkaitan "WWW" ini. Pada tanggal 25 Disember 1990, dengan  bantuan daripada Robert Cailliau dan pelajar dari CERN, beliau berjaya menerapkan komunikasi pertama antara Hypertext Transfer Protokol (HTTP) dan pelayan melalui Internet. Untuk melihat laman web pertama dicipta sila klik link  http://info.cern.ch/