Friday, June 8, 2012

Cuti Sampai ke Penghujungnya

Nampaknya,cuti semester yang lebih dua bulan sudah hampir sampai ke penghujungnya. Perasaan aku bercampur-campur sama ada tak sabar atau malas nak balik ke sana.Tapi pelajaran harus diteruskan demi mencapai cita-cita aku yang lama terpendam untuk memajukan negara, bangsa dan agama. Tiba-tiba keluar lak ayat bajet baik aku. 

Sepanjang aku cuti semester ni, tak banyak perkara yang aku buat. Setakat lepak dengan kawan, tidur sampai tengah hari lepas tu bangun terus makan. Memang cuti yang tak mendatangkan manfaat langsung. Tapi aku bersyukur sebab cuti ni dapat meredakan tekanan daripada belajar aku buat sementara waktu. 

Untuk semester yang baru ni, aku harap dapat lakukan yang terbaik untuk menaikkan semula CGPA aku yang jatuh masa semester kedua. Itulah bahana bila belajar sambil lewa dan leka dengan main game jer. Oklah, tak ada idea nak tulis mende lagi, sampai kat sinilah penulisan aku. 

Singapore VS Malaysia

Pasukan kebangsaan Malaysia, Harimau Malaya akan turun menentang pasukan Singapore di Stadium Jalan Besar, Singapore. Perlawanan persahabatan ini akan disiarkan secara langsung di Astro Arena Ch 801 pada jam 7.30 malam ini. 

So, kepada peminat bola sepak tanah air, lupakan Euro sebentar dan sokong pasukan kebangsaan negara kita menentang musuh tradisi, Singapore. Kita janganlah risau sebab waktu pasukan negara kita lawan tak sama dengan waktu perlawanan pertama Euro antara Poland dan  Greece. 

Thursday, May 24, 2012

MTV World Stage Live In Malaysia 2012

MTV World Stage kembali lagi di Malaysia. Kali ini akan diadakan pada 14 Julai 2012 di Surf Beach Sunway Lagoon. MTV World Stage kali ini akan menampilkan penyanyi kegilaan ramai terutamanya wanita iaitu Justin Bieber. Selain itu, artis sensasi dari Korea, Jay Park dan Kara juga akan tampil di Malaysia. Tidak lupa juga, penyanyi Malaysia, Mizz Nina diberi tempat untuk berada di atas pentas bersama artis popular luar negara. 


Untuk maklumat lanjut, layari website MTV di http://worldstage.mtvasia.com/

Wednesday, May 23, 2012

Malaysia Tewas Kepada China Suku Akhir Piala Thomas

Malaysia mengakhiri kejohan Piala Thomas ini dengan pasukan China selepas tewas 3-0. Pemain Malaysia gagal beraksi baik selepas kesemuanya tewas kepada pemain China. Namun, pemain perseorangan negara, Liew Daren, mengejutkan banyak pihak selepas berjaya memenangi set pertama menentang Lin Dan. Namun, beliau gagal meneruskan rentak itu selepas tewas mudah kepada Lin Dan di set ke-2 dan ke-3.

Ini bermakna, Malaysia gagal menepati sasaran untuk sekurang-kurangnya layak ke peringkat separuh akhir. Ini semestinya mengecewakan peminat Malaysia setelah berharap supaya Malaysia dapat membawa balik Piala Thomas ke Malaysia. Ini ditambah dengan kerisauan apabila pemain nombor satu dunia tercedera dan ditakuti tidak dapat beraksi di olimpik di mana Malaysia mengidam untuk mendapatkan pingat emas pertama Malaysia. 

Diharapkan BAM dapat menyelesaikan segala permasalahan dan memberi tumpuan untuk menguatkan pasukan negara seperti zaman kegemilangan Malaysia. 

BIGBANG Alive Tour Live In Malaysia

Selebriti kumpulan popular di Korea, BigBang mengesahkan mereka akan mengadakan konsert solo mereka di Malaysia yang dinamakan sebagai Alive Tour. Jelajah mereka di Malaysia dijadualkan akan berlangsung pada 27 Oktober 2012 di Stadium Merdeka. Kedatangan mereka amat dinanti-nantikan oleh peminat mereka di sini yang menggelarkan diri mereka sebagai VIP. Selain itu, mereka juga dijangka akan mengadakan konsert di negara Asia lain seperti Korea, Japan, Singapore, Thailand, Indonesia, Taiwan, Philippines dan Hong Kong. Ini merupakan konsert jelajah pertama mereka.



BigBang dianggotai oleh 5 orang iaitu G Dragon, TOP, Daesung, Taeyang, dan Seungri berada di bawah YG Entertainment dibentuk pada tahun 2006.Mereka tahun ini telah melancarkan mini album terbaru Alive. Antara lagu yang popular di dalam album tesebut ialah Blue, Bad Boy, Love Dust dan Fantastic Baby telah berada di carta teratas termasuk Malaysia. 

Untuk berita lanjut tentang Alive Tour ini, bolehlah rujuk di laman FB mereka BIGBANG.