Friday, November 23, 2012

Golden Disk Awards In Malaysia

Baru-baru ini telah menjadi hangat bahawa 'Golden Disk Awards' (GDA) atau juga dikenali sbg Korean Grammy Awards edisi ke 27th akan dilangsungkan di Malaysia. Anugerah yang dilangsungkan sejak 1986 ini merupakan antara anugerah yang terbesar bagi industri muzik Korea selain MAMA. GDA berkemungkinan akan dilangsungkan pada Januari 2013. Harga tiket adalah RM 688 dan RM 999 untuk dua hari bertempat di Sepang F1 Circuit, Malaysia.

Berita mengenai GDA ini menjadi hangat dan trending di Twitter. Antara yang sering update pasal GDA ini ialah dari hallyu malaysia dan dari SG K-Wave




Manakala MC untuk GDA di Malaysia juga telah diumumkan iaitu Dasom dai group SISTAR. Berikut adalah beberapa link berkenaan GDA di Malaysia 2013. enews.mnet.com dan my.entertainment.yahoo.com. Official announcement dijangka diumumkan tak lama lagi.

Bagi fans K-Pop di Malaysia pastinya tak akan melepaskan peluang kali ini untuk bertemu artis popular dari Korea Selatan. 

Tuesday, November 20, 2012

Keputusan Malaysia VS Bangladesh

Nampaknya, badi seri pasukan Malaysia berterusan setelah hanya seri menentang pasukan yang lebih lemah dari Malaysia. Pasukan Malaysia hanya mampu seri 1-1 dengan Bangladesh dan ini menambah kerisauan dalam kalangan fans Malaysia. 

Sebelum itu, Malaysia berjaya mendahului Bangladesh pada separuh masa pertama. Pada separuh masa kedua, Bangladesh terpaksa bermain 10 orang selepas salah seorang pemainnya dilayangkan kad kuning kedua. Namun, akibat kelekaan pemain Malaysia yang membuat kesilapan dlm kotak penalti, Bangladesh berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan penalti. 

Nampaknya, harapan untuk menjurai Piala AFF semakin kabur dan perubahan drastik harus dilakuakan oleh Rajagobal untuk mengembalikan maruah dan sokongan terhadap pasukan Malaysia..

Thursday, November 8, 2012

Super Junior M di Malaysia 2012

Akhirnya harapan fan Super Junior di Malaysia atau lebih dikenali sebagai ELF menjadi kenyataan apabila diberitakan bahawa mereka akan kembali ke Malaysia di '2012 Asia Super Showcase in Malaysia'. Event ini akan berlangsung pada 11th Disember 2012 di Kenanga Wholesale City, Level 15, bermula pada pukul 8.00 p.m. 

Super Junior M akan berada di Malaysia bersama dengan Exo-M dan BTOB akan menggegarkan Malaysia sekali gus akan menambah senarai artis dari Korea ke Malaysia. Segala maklumat lanjut berkenaan dengan tiket atau sebagainya pada laman web Marctensia ini. Untuk update terkini bolehlah lihat di Facebook atau Twitter rasmi Marctensia
Sekian...
Credit : Marctensia

Menunggu Result

Debaran semakin dirasai. Jam menunjukkan hampir pukul 3.00 a.m. Ketika kawan2 telah pon mengetahui result mereka. Aku masih lagi menunggu e-mail di hantar ke dalam inbox aku. Setelah beberapa kali refresh, namun masih lagi tak dapat keputusan final exam aku untuk sem yg ke 3. Aku hanya mampu berdoa supaya diberikan result yang terbaik setelah berusaha yang terbaik untuk semester kali ini. 

Aku hanya redha dan tawakal kpd Allah supaya result kali ini tak mengecewakan aku dan harapan ibu-bapa aku. Aku berjanji akan berusaha dgn lebih baik di semester yg ke-4. Semoga impian aku untuk mendapat dekan paling kurang satu semester untuk diploma kali ini tercapai..

Saturday, August 18, 2012

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin

Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Aku ingin meminta maaf zahir dan batin jika aku ada terbuat silap dan salah sama ada sengaja atau tidak disengajakan.Sebagai manusia, aku tak lari dari membuat kesilapan. Tetapi Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang telah memberi peluang kepada semua umat manusia untuk bertaubat. Tambahan lagi, di bulan syawal yang berkunjung tiba, sudah menjadi kebiasaanya, kita akan selalu maaf memaafkan sesama manusia. Tetapi perlu diingat, meminta maaf bikanlah hanya berlaku di bulan syawal, tetapi haruslah berterusan sepanjang tahun ini kerana manusia selalu melakukan kesalahan. 

Hari Raya disambut dalam bulan Syawal sebagai hari kemenangan kepada semua umat Islam yang telah pun berjaya menjalani segala ujian di bulan Ramadhan dengan tabah dan istiqamah melakukan ibadah kepada Allah SWT. 

Tetapi, apa yang lebih penting sempena tibanya bulan syawal ialah keampunan dari Allah SWT. Selepas menjalani ibadah puasa selama sebulan, adakah Allah akan mengampunkan segala dosa yang kita lakukan? Ini semua bergantung kepada amalan yang kita lakukan di bulan Ramadhan. Jika banyak amalan kita lakukan, inshallah Allah yang Maha Pengampun akan mengampunkan segala dosa kita. 

Akhir sekali, sudah tentu kita semua akan tertunggu-tunggu Ramadhan tahun hadapan berkunjung tiba untuk sekali lagi merebut peluang untuk meningkatkan amalan kepada Allah. Inshallah, didoakan semoga kita semua dipanjangkan umur kita untuk sekali lagi bertemu dengan bulan Ramadhan.