Friday, July 20, 2012

Keputusan QPR VS Kelantan

Sebentar td, berakhir sudah perlawana persahabatan antara juara Liga Malaysia, Kelantan menentang pasukan dari EPL, Queen Park Rangers (QPR) dengan keputusan Kelantan 0-5 QPR. Ini merupakan kemenangan kedua berturut-turut QPR ke atas pasukan dari Malaysia selepas menewaskan Sabah dgn keputusan yg sama tempoh hari.

Pada separuh masa pertama, Kelantan seakan-akan mampu mengekang pemain QPR apabila hanya mampu dibolosi dgn satu gol. Tetapi semuanya berubah pada separuh masa kedua di mana QPR dpt menambah 4 lagi gol tambahan. Selain itu, pemain Kelantan juga dilihat gagal menyaingi pemain QPR. Tetapi ini merupakan pengalaman yang berharga buat Kelantan dlm usaha untuk mengharungi cabaran di Piala AFC nanti.

No comments:

Post a Comment