Friday, June 3, 2011

Keputusan Hong Kong VS Malaysia

Malaysia hanya mampu seri dengan Hong Kong pada perlawanan persahabatan yang baru saja selesai sebentar tadi. Perlawanan tersebut berlangsung Siu Sai Wan Sports Ground (Chai Wan), Hong Kong. 

Kedua-dua pasukan buntu mencari gol pada babak pertama perlawanan. Namun, ianya berakhir pada minit ke-60 perlawanan apabila pasukan Hong Kong berjaya membolosi gawang pasukan Malaysia hasil jaringan Siu Ki Chan. Namun, kegembiraan pasukan Hong Kong hanya bertahan selama 6 minit apabila pasukan Malaysia berjaya menyamakan kedudukan pada minit 66 perlawanan hasil jaringan Amri Yahya. 

Selepas itu, kedua-dua pasukan buntu mencari gol tambahan sehingga tamat 90 minit perlawanan. 


2 comments:

  1. hahaahahaha... camna nk lawan arsenal nih.... x mntap lgi nih

    ReplyDelete
  2. harap2 pasukan kebangsaan kita akan lebih mantap kelak ye setanding ngan pasukan negara2 lain.. hehe

    ReplyDelete