Aku ingin menggunakan kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakyat Malaysia yg berbangsa Cina. Seperti diketahui umum, Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting masyarakat Cina bukan sahaja di Malaysia malahan di seluruh dunia. Pada tahun 2011, tahun ini merupakan tahun arnab mengikut sistem kalendar masyarakat cina.
Masyarakat cina lazimnya membakar mercun dengan tujuan untuk menghalau puaka atau jin. Selain itu, mereka juga akan makan besar bersama-sama ahli keluarga bagi meraikan perayaan ini. Selain itu, mereka lazimnya memberi ang paw kpd kaum yg muda untuk melambangkan nasib yang baik. Mereka akan menyambut perayaan ini sehingga 15 hari dimana hari itu dipanggil Chap Goh Mei.
Dalam pada itu, aku sebagai warga Malaysia ingin menggunakan kesempatan ini untuk melahirkan rasa syukur kerana kita sebagai rakyat Malaysia hidup aman dan damai walaupun mempunyai pelbagai bangsa. Aku akhiri degan sekali lagi mengucapkan Happy Chinese New Year,Gong Xi Fa Cai.
No comments:
Post a Comment