Friday, February 4, 2011

Kematian..

Kali ini aku nk berkongsi sedikit apa yang aku dengar dlm khutbah Jumaat tadi dan mungkin ada penambahan atas pengetahuan aku. Setiap makhluk di muka bumi ini pasti menghadapi kematian. Itu sudah pasti!! Tapi kita tidak tahu bilakah dan bagaimanakah ia terjadi terhadap diri kita. Kita pun tidak pasti apakah nasib kita di alam kematian. Adakah kita mengalami nasib yang baik ataupun sebaliknya?? Hanya Tuhan sahaja yang tahu. Oleh itu, kita haruslah sedar bahawa setiap detik akan menghampirkan diri kita kepada kematian.

Selain itu, selepas kita mengalami proses kematian, kita kemudiannya akan memasuki alam kedua terakhir iaitu alam kubur atau juga dikenali sebagai alam barzakh. Segala yang berlaku di alam barzakh akan menentukan masa depan kita di alam akhirat. Jika kita mendapat nikmat di alam barzakh, situasi yang berlaku di alam akhirat akan menjadi lebih mudah lagi. Tetapi jika kita mendapat azab di alam barzakh, sudah semestinya akan lebih pedih dan susah lagi yang dilalui selepas itu di alam akhirat.

Oleh itu, sementara kita masih mempunyai masa ini, kita haruslah sedar bahawa setiap apa yang dilakukan walaupun sebesar zarah semestinya akan dihitung oleh neraca Al-Mizan. Kita janganlah terlalu leka mengejar kesenangan di dunia hinggakan lupa akan nasib kita di akhirat kelak. Kita juga haruslah sentiasa mengingati kematian supaya kita sentiasa berhati-hati dan dengan cara mengingati kematian jugalah kita akan sentiasa melakukan amal ibadat kepada Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Cara yang termudah untuk mengingati kematian ialah dengan menziarahi kubur dan mengambil iktibar daripadanya.

Selain itu, kita haruslah sentiasa bertaubat kepada Allah. Rasulullah sendiri yang umum mengetahui sebagai maksum(terhidar drpd perkara yg mendatangkan dosa) bertaubat kepada Allah sebanyak lebih 70 kali sehari

Sabda Rasulullah saw : “ Demi Allah! Sesungguhnya aku minta ampun kepada Allah dan bertaubat kepadaNya dalam sehari lebih dari tujuh puluh kali.” (Hr. Bukhari)



Inikan kita sebagai seorang manusia yang hina dan sentiasa melakukan kesilapan sepatutnya bertaubat kepada Allah lebih daripada itu. Selain itu kita hendaklah sentiasa berdoa meminta pertolongan Allah untuk menghindarkan kita daripada segala kejahatan. Masa yang paling sesuai untuk kita berdoa ke Hadrat Ilahi ialah kita kita sujud di dalam solat


Sabdanya yang bermaksud:


Keadaan yang paling hampir antara seorang hamba dengan Tuhannya ialah sewaktu dia sujud. Maka perbanyakkan doa pada waktu itu.


Di bawah ini disediakan doa yang lazim dibacakan. Renungkan-renungkan selamat beramal..




Maksudya:

Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya.





ALLAHUAKBAR!!

No comments:

Post a Comment