Ucapan tahniah diberikan untuk rakyat Mesir yang berjaya menggulingkan rejim Hosni Mubarak. Akhirnya penantian mereka selama 18 hari terbalas dengan pengumuman perletakkan jawatan Hosni Mubarak yang diumumkan oleh Naib Presidennya. Berita yang dinanti-nantikan ini disambut meriah dan melaungkan 'Allahu Akbar' oleh seluruh rakyat Mesir yang sudah berhimpun di Dataran Tahrir sejak 18 hari yang lalu. Ini membuktikan bahawa rakyat Mesir kini sedar dan tidak mahu lagi bernaung di bawah kerajaan diktator yang zalim. Hosni Mubarak telah memerintah Mesir selama 30 tahun secara diktator kini telah meninggalkan Kaherah dan berlindung di Sharm el-Sheikh di Laut Merah.
Kini, pentadbiran Mesir diambil alih sementara oleh Majlis Tentera. Rakyat Mesir kini mengharapkan Majlis Tentera dapat melaksanakan pengalihan kuasa secara adil,telus dan demokrasi. Peristiwa ini memberi pengajaran kepada semua kerajaan di dunia ini supaya melaksanakan pemerintahan dengan amanah.
No comments:
Post a Comment