Perlu diingatkan bahawa mengingati Rasulullah bukanlah khusus pada 12 Rabiul Awal, tapi perlulah diingati setiap waktu supaya kita mendapat syafaatnya di akhirat kelak. Kita juga harus sentiasa bersalawat kepada Baginda dengan kerap seperti dengan petikan Al-Quran ayat 56 Surah al Ahzaab, “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat kepada Nabi, wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepada nya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” Jika kita sedar terutama dalam kalangan lelaki bahawa ayat ini sering dibaca sebelum khutbah Jumaat yang menyeru supaya kita bersalawat.
Sesungguhnya Baginda S.A.W merupakan satu contoh tauladan yang terbaik kepada seluruh manusia kerana sifatnya yang mulia. Apalah bagi kita dugaan yang menimpa jika hendak dibandingkan dengan dugaan yang diterima Baginda. Baginda diperangi,dimusuhi,diugut,difitnah dan lain-lain lagi dalam usaha menyebarkan Islam. Oleh itu, marilah kita sama-sama mengamalkan segala sunah Rasulullah dan mengikuti segala perbuatan dan sifat Baginda.
SALAM MAULIDUR RASUL
No comments:
Post a Comment