Menurut satu sumber, Hosni mahu bersendirian dan meninggal dunia di tanah airnya. Sumber itu menyatakan, bekas presiden tersebut enggan menerima sebarang rawatan perubatan. Pada tahun lalu, dia menerima rawatan sakit hempedu di sebuah klinik di Jerman. "Kematiannya akan hanya menunggu masa sahaja," kata sumber berkenaan.
Sumber itu menafikan bahawa Hosni akan menulis memoir sebaliknya menyatakan, Honsi berada dalam keadaan hampir koma. Terdahulu, dua akhbar Mesir menyatakan bahawa bekas presiden berusia 82 tahun itu mengalami tekanan dan telah beberapa kali pengsan tetapi beliau enggan mengambil ubat.
Ini memberi peringatan kepada kita bahawa setiap kejahatan yang kita lakukan pasti akan mendapat balasan dari Tuhan tidak kira samada di dunia atau di akhirat.
Dalam hal berkaitan Mesir, Ikhwanul Muslimun akan mendaftar sebagai sebuah parti politik di Mesir setelah pertubuhan itu tidak lagi diharamkan. Ikhwanul Muslimun pernah diharamkan oleh rejim Hosni Mubarak sebelum berlakunya revolusi rakyat. Namun, itu tidak menghalang beberapa pemimpin mereka untuk bertanding dalam pilihan raya di Mesir atas nama parti bebas. Selain itu, Ikhwanul Muslimun tidak akan bertanding dalam merebut jawatan presiden.

terima kasih kerana datang. dah polow anda..catch me back
ReplyDeleteBLOG FAKTA: http://kindofsoul.blogspot.com/