Wednesday, February 23, 2011

Muammar Gaddafi Halal Dibunuh!! -Al-Qaradawi

Baru-baru ini stesen TV Al-Jazeera telah menyiarkan fatwa yang dikeluarkan Syeikh Yusuf Al-Qaradawi mewajibkan PM Libya dibunuh dan ianya sebagai jihad. Fatwa ini dikeluarkan sejurus selepas PM Libya itu membunuh ratusan malahan mencecah ribuan rakyatnya untuk menghalang rakyatnya terus berdemonstrasi menggesa beliau melepaskan jawatannya dengan menggunakan bom dan sebagainya di Libya. Untuk pengetahuan umum, Syeikh Yusuf Al 1Qaradawi merupakan ketua Persatuan Ulama' Sedunia dan telah banyak mengeluarkan fatwa terhadap isu-isu semasa.

Syeikh Yusuf Al-Qaradawi

Syeikh al-Qaradawi berkata :وقال القرضاوي " أصدر الآن فتوى بقتل القذافي. أي ضابط أو جندي أو أي شخص يتمكن من أن يطلق عليه رصاصة فليفعل، ليريح الليبيين والأمة من شر هذا الرجل المجنون وظلمه". وأضاف "لا يجوز لأي ضابط أن يطيع هذا الرجل في المعصية والظلم والبغي على العباد".

Maksudnya :

"Aku mengeluarkan fatwa sekarang supaya Gaddafi dibunuh! Barangsiapa samada pegawai tentera, atau tentera biasa atau mana-mana individu yang mempunyai peluang untuk membunuhnya. Maka janganlah teragak-agak untuk membunuhnya! ianya adalah semata-mata untuk menyelamatkan rakyat Libya daripada kejahatan dan kezaliman lelaki yang gila ini! "...beliau seterusnya menambah " Haram kepada pegawai dan askar biasa untuk mentaati lelaki ini (Gaddafi) dalam perkara yang maksiat, kezaliman dan kerakusan terhadap rakyatnya sendiri!"

2 comments:

  1. politic dunia ni, so confusing la kan..

    jemput ke rumah,
    http//laydie-dda.blogspot.com
    keep in touch ye..

    ReplyDelete
  2. ini bkn sje soal politik dunia..but more kpd prjuangsn mnegakkan agama Allah di muka bumi ini..

    ReplyDelete