Thursday, February 17, 2011

Pilihan Raya Merlimau

Negara ini sekali lagi akan mengadakan pilihan raya kecil kali ini di Merlimau,Melaka. Sedang rakyat menumpukan kepada pilihan raya kecil Tenang yang baru melabuhkan tirainya dengan di menangi calon BN, rakyat sekali lagi dikejutkan dengan kematian seorang lagi wakil rakyat iaitu Allahyarham Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan. Pada PRU-12 lalu, kerusi ini telah dimenangi oleh Datuk Mohamad Hidhir dengan menewaskan calon Pas dengan majoriti 2,154 undi jauh lebih kecil berbanding pada pilihan raya umum ke-11 pada 2004.


Oleh itu, Suruhanjaya Pilihan Raya telah bermesyuarat dan memutuskan untuk mengadakan pilihan raya kecil di Merlimau pada 6 Mac dan tarikh penamaan calon pada 26 Februari ini. Rakyat di negara ini sekali lagi akan menyaksikan persaingan antara PAS dan BN. Ini akan menjadi platform terbaik bagi kedua belah parti untuk menguji jentera mereka menjelang PRU ke-13 yang bakal tiba terutama jentera parti di Melaka. Calon PAS dijangka akan diumumkan pada 24 Februari manakala BN pula mengumumkan sehari sebelum itu pada 23 Februari.

Selain itu, sekali lagi negara dikejutkan oleh kematian satu lagi wakil rakyat kali ini di Kerdau, Pahang. Ini merupakan pilihan raya kecil yang ke-16 sejak PRU 2008. Di yakini bahawa PAS dan BN sekali lagi akan bertempur dalam pilihan raya kecil ini.

Diharapkan kedua-dua parti dapat berkempen secara berhemah dan aman. Tidak perlu wujudnya fitnah-memfitnah dan sogok-menyogok antara kedua belah parti. Ini juga menjadi landasan yang tepat untuk kedua-dua parti untuk menarik semula sokongan rakyat terhadap parti masing-masing. Insha Allah parti terbaik akan menang. Semuanya berada dalam ketentuan Allah.
Jika mahu tahu siapa calon di Merlimau, klik link ini  Calon BN dan PAS

kedudukan Merlimau

No comments:

Post a Comment