B
N dan PAS telah pun menamakan calon mereka bagi pilihan raya kecil DUN Merlimau. BN mempetaruhkan Roslan Ahmad sebagai calon parti itu di Merlimau. Roslan Ahmad merupakan Pengurus Perniagaan Sosioekonomi Perbadanan Melaka Holdings Sdn Bhd. Beliau juga merupakan ahli jawatankuasa UMNO Jasin. Beliau berkelulusan diploma pengurusan perniagaan. Manakala Allahyarham bapa beliau, Datuk Ahmad Ithnin merupakan ADUN Sungai Rambai.
Roslan Ahmad
Dalam pada itu, PAS pula meletakkan Yuhaizad Abdullah sebagai calonnya di Merlimau. Yuhaizad,38 merupakan Timbalan Yang di-Pertua PAS kawasan Jasin dan juga Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS negeri. Pemilihan anak jati Kampung Chinchin yang terletak di dalam Dun Merlimau yang berkelulusan Diploma Tasawur Islam itu dipercayai mampu memberikan tentangan sengit kepada BN yang yakin dapat mempertahankan kerusi Merlimau.
Yuhaizad Abdullah
Kerusi Dun Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hidhir Abu Hassan, 58, dari BN pada awal Februari lalu.
Pada pilihan raya umum 2008, Hidhir menewaskan calon PAS, Mejar (B) Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.
No comments:
Post a Comment