Sunday, March 20, 2011

Result SPM

Aku percaya ramai yang sudah mengetahui bahawa result SPM akan keluar pada 23hb Mac ini terutama kepada sesiapa yang yang mengambil SPM tahun lepas. Aku termasuk anatara salah seorang daripada mereka. Perlu diakui perasaan berdebar untuk mengambil result SPM semakin dirasai. Sebabnya bukan apa, ini kerana SPM addalah penentu masa depan aku dan malahan semua orang. Ini kerana dengan keputusan SPM akan menentukan sama ada aku layak untuk meneruskan pembelajaran aku di universiti kelak.



Apa yang mampu aku buat ialah hanya berdoa dan bertawakkal kepada Allah. Selain itu, aku juga mengharapkan doa daripada sesiapa yang di luar sana yang mungkin membaca entry ini. Selain itu, tidak malu untuk aku kongsikan bahawa target aku dalam SPM ini tidaklah terlalu tinggi. Ini kerana aku sedar akan kemampuan aku. Tetapi aku tetap optimis untuk mendapatkan keputusan 9A. Target aku dalam SPM ini adalah sekurang-kurangnya mendapat keputusan 7A atau lebih dan aku yakin aku dapat memcapainya. Insha Allah.

Oleh itu, aku mengharapkan kepada semua yang membaca entry ini supaya memdoakan supaya aku mendapat keputusan yang baik dan seperti apa yang diharapkan. Sekian..


3 comments: