
Senarai Forbes ini menyaksikan Billionair dari Asia mendominasi kedudukan dengan 332 billionair dari Asia berbanding Eropah hanya 79 orang. China antara negara yang paling ramai melahirjan billionair di Asia dengan mendominasi sebanyak 115 orang daripada 332 orang billionair.
Pengasas laman sosial popular, Facebook, Mark Zuckerberg berada di tangga ke-52 dengan mengumpul kekayaan sebanyak $13.5 billion (RM 40.9 billion)
Sebanyak sembilan billionair dari Malaysia yang tersenarai dalam senarai Forbes kali ini. Raja gula, Robert Kuok yang mempunyai kekayaan sebanyak $12.5 billion dan pemilik syarikat komunikasi dari Malaysia, Ananda Krishnan menduduki tempat yang ke-93 dengan kekayaan berjumlah $9.5 billion. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary menjadi wakil orang melayu Malaysia dengan menduduki tempat yang ke-459 dengan kekayaan sebanyak $2.5 billion.
Senarai kali ini menyaksikan sebanyak 1140 orang billionair direkodkan seluruh dunia. Kalau ingin mengetahui senarai lengkap boleh klik Senarai Forbes ini.
No comments:
Post a Comment