Wednesday, June 18, 2014

Sepanyol Tewas Awal di Piala Dunia 2014

Penyandang juara Piala Dunia 2010, Sepanyol terpaksa menerima hakikat bahawa tewas awal di Piala Dunia 2014 setelah tewas kali kedua berturut-turut kepada Belanda dan Chile. Sepanyol yang turun sebagai pasukan nombor 1 dunia tewas 1-5 di tangan Belanda dan 0-2 di tangan Chile. Ini seterusnya memberi peluang kepada Belanda dan Chile untuk melangkah ke pusingan ke-2. Manakala Australia dan Sepanyol terpaksa pulang awal.


Sepanyol yang di bimbing oleh Vicente del Bosque bermain sangat hambar dengan hantaran yang kurang tepat dan pertahanan yang sungguh lemah memudahkan gawang mereka dibolosi sebanyak 7 kali dalam dua perlawanan. Mereka hanya berjaya menjaringkan 1 gol saja melalui sepakan penalti ketika menentang Belanda. 

Nampaknya La Roja kali ini bukanlah semantap dengan skuad semasa mereka memenangi Euro dan Piala Dunia lepas. 

No comments:

Post a Comment