Thursday, April 18, 2013

Demam Pilihan Raya!!



Nampaknya, semakin hari semakin terasa bahang Pilihan Raya Umum ke 13. Ini kerana setiap hari media arus perdana dan media alternatif seperti facebook dan twitter semakin rancak menyiarkan berita-berita tentang persiapan pilihan raya parti-parti politik yang bertanding. PRU ke 13 ini akan dilangsungkan pada 5 Mei 2013 manakala penamaan calon pada 20 April 2013. Ini bermakna tempoh berkempen adalah selama 15 hari. 



Ini ditambah oleh lambakan bendera parti-parti politik yang bertanding dipasang di tepi-tepi jalan sebagai kempen permulaan untuk menarik minat pengundi untuk mengundi parti mereka. PRU 13 ini dijangkan akan berlangsung sengit di mana Pakatan Rakyat (PR) akan cuba sedaya upaya untuk buat pertama kalinya memerintah Malaysia seterusnya menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai pembangkang buat pertama kalinya. Pakatan Rakyat menggunakan kaedah ceramah untuk dekati pengundi dan media alternatif untuk berkempen dan membentangkan manifesto mereka.

Namun begitu, BN akan berusaha untuk mengekalkan kuasa mereka dengan melakukan pelbagai cara berkempen dengan menggunakan segala kelebihan yang mereka ada seperti televisyen untuk berkempen. BN juga telah menggunakan media alternatif untuk berkempen sebagai menyaingi Pakatan Rakyat yang selama ini menggunakan media alternatif untuk berkempen.

Untuk pengundi di luar sana, diharap dapat melakukan pilihan yang terbaik demi masa depan Agama dan Negara. Berfikiran terbuka dengan melihat kepada kedua-dua belah pihak supaya dapat menilai yang mana terbaik untuk negara. Bayakkan berdoa dan buatlah solat istikharah meminta petunjuk dari Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mengetahui segalanya. Ingatlah, setiap undian kita akan dipersoalkan oleh malaikat mungkar nangkir nanti. Pilihlah Parti yang ingin menegakkan Islam keseluruhannya di Malaysia ini. 



No comments:

Post a Comment