Friday, July 20, 2012

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

    Di sini aku nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua blogger-blogger dan semua yang sudi membaca entri ini. Ramadhan kali ini jatuh pada 21 Julai 2012 bersamaan 1433 hijrah. Setiap orang yang beriman pastinya menunggu-nunggu saat ini kerana setiap amalan sama ada wajib atau sunat mendapat ganjaran yang amat besar dari Allah S.W.T. 


    Puasa di bulan Ramadhan merupakan rukun Islam yang ke-3. Kalau kita tak berpuasa, bermakna tak lengkap Islam kita. Berpuasa memerlukan kita supaya menahan daripada perkara-perkara yg membatalkan puasa seperti makan, minum dr terbit fajar hingga terbenam matahari.

    Selain itu, Puasa di bulan Ramadhan diwajibkan ke atas umat Islam berdasarkan firman Allah dlm sural Al-Baqarah ayat 183 yg bermaksud

"Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"


    Di dalam bulan Ramadhan, ibadah yang lazim dilakukan ialah membaca Al-Quran, bersedekah, terawih dan qiamulail di malam hari. Segala ibadah ini sudah pastinya mendapat pahala yg berlipat kali ganda dibandingkan dgn bulan yg lain.

    Oleh itu, walau apa pun alasan, kecuali yg dibenarkan syarak, kita wajiblah menunaikan ibadah puasa ini walaupun kita merasakan diri kita ini terpaksa. Benda wajib tak perlu tunggu masa untuk melakukannya kerana ajal juga tak menunggu masa. Wallhualam..

No comments:

Post a Comment