Wednesday, November 9, 2011

Syarat Melakukan Maksiat

Apa itu maksiat?? Kalau ditanya pasal maksiat mesti ramai yang berfikir bahawa maksiat itu seperti berzina, berdating dan sebagainya. Namun, maksiat ini mempunyai skop yang lebih luas. Segala perkara yang boleh mendatangkan dosa adalah maksiat. Aku ada terbaca satu buku yang memberikan syarat-syarat untuk melakukan maksiat. Apa??!! Manusia boleh melakukan maksiat??!! Terkejut aku dibuatnya. Tetapi apabila dibaca hingga ke akhir, baru aku faham. Aku ingin berkongsi bersama-sama semua orang sedikit ilmu yang aku dapat di dalam blog ini terutama kepada mereka yang suka membuat maksiat.




Antara syarat untuk melakukan maksiat ialah:-

1. Jangan kamu makan rezeki Allah kerana tak layak orang yang derhaka memakannya

2. Jangan kamu tinggal di bumi Allah

3. Buatlah maksiat di tempat yang Allah tak nampak. Bolehkah..??

4. Sekiranya malaikat maut datang nak mengambil nyawa, katakan kepadanya supaya ditangguh dahulu sedikit umur supaya sempat bartaubat. Kalau boleh cakap begitu dipersilakan dengan senang hati untuk melakukan maksiat.

5. Sekiranya Malaikat Zabaniah penjaga neraka datang untuk mengheret kamu ke neraka, katakan kepadanya bahawa kamu tak akan mengikutinya. Mampukan anda..??


Sekiranya kita mampu berbuat demikian, maka dipersilakan untuk melakukan maksiat. tetapi, bolehkah kita cipta rezeki kita sendiri tanpa bantuan sesiapa pun?? Mampukah kita cipta planet sendiri?? Bolehkan kita menyorok dari pandangan Allah?? Kita diciptakan sebagai hamba Allah yang lemah. Maka, tugas kita adalah mengikuti segala perintah Allah dan sunnah Rasulullah......

No comments:

Post a Comment