Thursday, May 24, 2012

MTV World Stage Live In Malaysia 2012

MTV World Stage kembali lagi di Malaysia. Kali ini akan diadakan pada 14 Julai 2012 di Surf Beach Sunway Lagoon. MTV World Stage kali ini akan menampilkan penyanyi kegilaan ramai terutamanya wanita iaitu Justin Bieber. Selain itu, artis sensasi dari Korea, Jay Park dan Kara juga akan tampil di Malaysia. Tidak lupa juga, penyanyi Malaysia, Mizz Nina diberi tempat untuk berada di atas pentas bersama artis popular luar negara. 


Untuk maklumat lanjut, layari website MTV di http://worldstage.mtvasia.com/

Wednesday, May 23, 2012

Malaysia Tewas Kepada China Suku Akhir Piala Thomas

Malaysia mengakhiri kejohan Piala Thomas ini dengan pasukan China selepas tewas 3-0. Pemain Malaysia gagal beraksi baik selepas kesemuanya tewas kepada pemain China. Namun, pemain perseorangan negara, Liew Daren, mengejutkan banyak pihak selepas berjaya memenangi set pertama menentang Lin Dan. Namun, beliau gagal meneruskan rentak itu selepas tewas mudah kepada Lin Dan di set ke-2 dan ke-3.

Ini bermakna, Malaysia gagal menepati sasaran untuk sekurang-kurangnya layak ke peringkat separuh akhir. Ini semestinya mengecewakan peminat Malaysia setelah berharap supaya Malaysia dapat membawa balik Piala Thomas ke Malaysia. Ini ditambah dengan kerisauan apabila pemain nombor satu dunia tercedera dan ditakuti tidak dapat beraksi di olimpik di mana Malaysia mengidam untuk mendapatkan pingat emas pertama Malaysia. 

Diharapkan BAM dapat menyelesaikan segala permasalahan dan memberi tumpuan untuk menguatkan pasukan negara seperti zaman kegemilangan Malaysia. 

BIGBANG Alive Tour Live In Malaysia

Selebriti kumpulan popular di Korea, BigBang mengesahkan mereka akan mengadakan konsert solo mereka di Malaysia yang dinamakan sebagai Alive Tour. Jelajah mereka di Malaysia dijadualkan akan berlangsung pada 27 Oktober 2012 di Stadium Merdeka. Kedatangan mereka amat dinanti-nantikan oleh peminat mereka di sini yang menggelarkan diri mereka sebagai VIP. Selain itu, mereka juga dijangka akan mengadakan konsert di negara Asia lain seperti Korea, Japan, Singapore, Thailand, Indonesia, Taiwan, Philippines dan Hong Kong. Ini merupakan konsert jelajah pertama mereka.



BigBang dianggotai oleh 5 orang iaitu G Dragon, TOP, Daesung, Taeyang, dan Seungri berada di bawah YG Entertainment dibentuk pada tahun 2006.Mereka tahun ini telah melancarkan mini album terbaru Alive. Antara lagu yang popular di dalam album tesebut ialah Blue, Bad Boy, Love Dust dan Fantastic Baby telah berada di carta teratas termasuk Malaysia. 

Untuk berita lanjut tentang Alive Tour ini, bolehlah rujuk di laman FB mereka BIGBANG.

Monday, May 21, 2012

Malaysia Vs Denmark Thomas Cup

Selepas berjaya mengalahkan Afrika Selatan semalam dengan keputusan 5-0, Malaysia hari ini akan menentang pasukan yang jauh lebih kuat dari Afrika Selatan iaitu Denmark. Pasukan Malaysia mengharapkan kemenangan ke atas Denmark seterusnya dapat menduduki tangga teratas kumpulan dan layak ke pusingan seterusnya. 

Malaysia meletakkan sasaran supaya sekurang-kurangnya layak ke separuh akhir pada edisi Piala Thomas kali ini yang berlangsung di China. Pasukan negara yang diketuai pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei diharapkan dapat memberikan persembahan yang terbaik pada Piala Thomas kali ini. 

Oleh itu, kepada semua peminat badminton negara boleh menyaksikan perlawanan antara Malaysia dan Denmark di Astro Arena, 801 untuk ulasan dalam bahasa Melayu. 

Debat PTPTN

Kebelakangan ini, isu PTPTN menjadi isu tehangat di Malaysia selepas Pakatan Rakyat mengatakan mahu memansuhkan PTPTN jika dapat memerintah negara ini. Ada pihak menyokong, menentang dan tidak kurang juga yang tidak mengambil tahu. Oleh itu, satu debat dirancang pada 22 Mei 2012 yang disiarkan di Astro Awani dibawakan oleh Sinar . Kita semua akan menyaksikan perdebatan antara Rafizi Ramli dan juga Khairiy Jamaludin untuk menerangkan pendirian masing-masing dalam isu PTPTN. 


Dengan adanya program debat ini, akan menjadi platform kepada rakyat Malaysia terutama mahasiswa untuk mendengar penjelasan tentang isu PTPTN ini dan menilai sendiri tentang isu ini dan bukannya hanya mendengar di sebelah pihak saja. Oleh itu, mahasiswa perlu buka minda dan berfikiran terbuka supaya dapat membezakan antara fakta dan auta. Serta menilai adakah pemansuhan PTPTN ini wajar atau sebaliknya.