Thursday, November 17, 2011

Malaysia 1-0 Indonesia (SEA GAMES 2011)

Akhirnya rekod tanpa kalah pasukan Indonesia di Sea Games lebur ditangan pasukan Malaysia dengan keputusan 1-0. Sharul Azwari memberikan gol kemenangan buat Malaysia seawal minit ke-18 dengan satu larian yang pantas. 

Selepas ini Malaysia akan bertemu pasukan Myammar di Separuh Akhir. Manakala Indonesi pula akan menentang pasukan Vietnam.Tahniah buat pasukan Malaysia. Sayap Garuda patah digigit Harimau Malaya. 

Wednesday, November 16, 2011

Malaysia VS Indonesia (SEA GAMES 2011)

Perlawanan yang semestinya dinati-nantikan oleh penyokong Malaysia mahupun Indonesia ialah perlawanan antara Malaysia dan Indonesia yang akan berlangsung pada 17/11/2011. Malaysia semestinya ingin memenangi perlawanan tersebut dalam usaha untuk merebut tempat ke separuh akhir Sea Games 2011. Manakala Indonesia selaku Tuan Rumah pastinya mahu membalas dendam terhadap Malaysia di mana mereka tewas pada AFF Suzuki Cup. 

Harap pasukan kebangsaan dapat menyerap segala tekanan dari penyokong Indonesia. Pasukan Malaysia juga perlu bermain bersungguh-sungguh supaya dapat memenangi perlawanan tersebut dan seterusnya masuk ke pusingan separuh akhir. 


Jujurnya, aku tak meletakkan harapan yang tinggi untuk melihat pasukan Malaysia menang. Tetapi yang aku mahukan ialah para pemain Malaysia mempersembahkan corak permainan yang bagus dan bersungguh-sungguh.

Perlawanan tersebut akan disiarkan secara langsung melalui TV 3 dan Astro Arena. Ayuh penyokong Malaysia, mari bersama-sama sokong pasukan negara kita di Sea Games kali ini. Supaya mereka dapat mempertahankan emas yang dimiliki negara kita pada 2 tahun yang lepas. 
 

Wednesday, November 9, 2011

Syarat Melakukan Maksiat

Apa itu maksiat?? Kalau ditanya pasal maksiat mesti ramai yang berfikir bahawa maksiat itu seperti berzina, berdating dan sebagainya. Namun, maksiat ini mempunyai skop yang lebih luas. Segala perkara yang boleh mendatangkan dosa adalah maksiat. Aku ada terbaca satu buku yang memberikan syarat-syarat untuk melakukan maksiat. Apa??!! Manusia boleh melakukan maksiat??!! Terkejut aku dibuatnya. Tetapi apabila dibaca hingga ke akhir, baru aku faham. Aku ingin berkongsi bersama-sama semua orang sedikit ilmu yang aku dapat di dalam blog ini terutama kepada mereka yang suka membuat maksiat.




Antara syarat untuk melakukan maksiat ialah:-

1. Jangan kamu makan rezeki Allah kerana tak layak orang yang derhaka memakannya

2. Jangan kamu tinggal di bumi Allah

3. Buatlah maksiat di tempat yang Allah tak nampak. Bolehkah..??

4. Sekiranya malaikat maut datang nak mengambil nyawa, katakan kepadanya supaya ditangguh dahulu sedikit umur supaya sempat bartaubat. Kalau boleh cakap begitu dipersilakan dengan senang hati untuk melakukan maksiat.

5. Sekiranya Malaikat Zabaniah penjaga neraka datang untuk mengheret kamu ke neraka, katakan kepadanya bahawa kamu tak akan mengikutinya. Mampukan anda..??


Sekiranya kita mampu berbuat demikian, maka dipersilakan untuk melakukan maksiat. tetapi, bolehkah kita cipta rezeki kita sendiri tanpa bantuan sesiapa pun?? Mampukah kita cipta planet sendiri?? Bolehkan kita menyorok dari pandangan Allah?? Kita diciptakan sebagai hamba Allah yang lemah. Maka, tugas kita adalah mengikuti segala perintah Allah dan sunnah Rasulullah......